[VIDEO] Ayash Affan Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak! – “Paling Aku Sayu Bila Ayash Peluk Dan Cium Batu Nisan Tu”

Pelawak dan bekas penyampai radio, Shuib mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek memperlihatkan isteri, ibu dan anaknya, Ariq Matin dan Ayash Affan datang menziarahi kubur Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Menerusi perkongsian terkini yang dimuat naik di Instagram, Ayash Affan kelihatan tenang ketika menziarahi kubur penyanyi kesayangan ramai itu.

“Ibu… Ayash datang ni. Ayash dah besar Ibu… Ayash rindu Ibu.

“Semoga suatu hari kita sekeluarga berkumpul di taman Syurga ya Ibu. Semoga Allah ampunkan segala dosa Ibu dan tempatkan Ibu dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin. Al-fatihah,” tulis pada kapsyen berkenaan.

 

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata warganet berasa sebak terhadap perkongsian tersebut, bahkan ada yang sempat mengimbau kembali momen sebelum arwah Sarah dimasukkan ke hospital dahulu.

“Ya Allah, sebaknya! Teringat masa arwah sebelum dimasukkan ke hospital… mengah-mengah dia bercakap, sayu betul bila teringat.

“Kami ingat last ibu Ayash nak masuk hospital  dulu. Teringat sangat. Al-Fatihah.

“Betul, arwah sempat peluk cium semua anak-anak masa tu. Al-fatihah untuk Siti Sarah.

“Alhamdulilah..Ayash dikelilingi insan yang menyayangi dia.. tenang ibu disana.

“Ayash peluk batu nisan dan cium paling buat aku sayu…Al Fatihah buatmu Siti Sarah.

“Tengok video kubur ni je pun, buat ubat rindu kami pada arwah.. Moga Allah ampunkan dosa-dosa  arwah dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh,” komen netizen.

Sementara itu, ramai juga yang memuji sikap dan ketabahan Watie Hanifiah dalam membesarkan dan memberikan kasih sayang terhadap kesemua anak-anak arwah.

“Salute Watie! Ketabahan dia tak semua orang ada. Kita belum tentu mampu  buat apa yang dia buat. Moga menjadi contoh yang baik buat semua.

“Semoga keluarga ini disatukan di syurga kelak. Terbayang arwah Sarah dan Watie dalam satu keluarga yang bahagia,” ulas netizen.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian video tersebut telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dan lebih 100,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

 

 

Salma Syahbuddin