Categories: SelebritiTrending

Suami Amyza Aznan Tak Jadi Ditidurkan, Perlu Jalani Dialisis Seumur Hidup – “Buah Pinggang Rosak Sepenuhnya…”

Pelakon Amyza Aznan memaklumkan suaminya, Khairil Idzhar Md Nazir, 49, tidak jadi ditidurkan buat kali kedua namun keadaannya kurang baik.

Memetik laporan Berita Harian, suami Amyza kini terpaksa menjalani dialisis seumur hidup kerana mengalami kerosakan buah pinggang.

“Pada mulanya doktor memang bercadang hendak tidurkan suami buat kali kedua, semalam tetapi tidak jadi.

“Bagaimanapun, suami saya perlu menjalani dialisis kerana buah pinggangnya sudah rosak sepenuhnya, selain toksin yang sudah memenuhi keseluruhan badan,” katanya.

Menurut Amyza lagi, suaminya masih berada dalam pemantauan doktor memandangkan keadaannya yang tidak stabil.

“Sekarang, suami saya sedar tapi keadaan dia lemah.

“Semalam keadaannya agak merisaukan,” ujarnya.

Terdahulu, Khairil Idzhar dilaporkan sudah sedar selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang sejak 25 Disember.

Pada 23 Januari lalu, Amyza memaklumkan suaminya bakal ditidurkan buat kali kedua disebabkan tahap kesihatan yang semakin kritikal namun tidak jadi dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Amyza Aznan Kritikal, Terpaksa Ditidurkan Kali Kedua -“Doktor Beritahu Dia Sudah 50-50”

Maya Basir