Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi July 22, 2022 @ 2:30pm

[VIDEO] “Bainun 2.0!” – Dera Budak 4 Tahun Guna Batang Penyapu, Pengasas Produk Kena Reman 7 Hari

Heboh sejak awal pagi Jumaat mengenai sebuah video yang memaparkan seorang wanita disyaki mendera kanak-kanak berusia 4 tahun menggunakan sebatang penyapu.

Video yang tular menerusi aplikasi TikTok yang dimuat naik oleh seorang pempengaruh ini menampilkan wanita berambut perang itu sedang menjolok mulut mangsa secara paksaan yang telah dipenuhi dengan nasi.

Tidak habis di situ, menerusi video lain kanak-kanak itu turut ditampar, dipukul bertubi-tubi di bahagian muka.

@theaqil7⚠️CHILD ABUSE⚠️ tolong gunakan kuasa korang !!!

♬ original sound – AQIEL

Difahakan pengasas produk tersebut mengambil kanak-kanak yang dikenali sebagai Alia itu sebagai anak angkatnya dalam tempoh kurang setahun.

Dalam pada itu, pempengaruh yang mengakui telah merakam video berkenaan berkata dia telah membuat laporan polis.

“Saya yang rakam video tu sendiri untuk bahan bukti report polis, Alhamdulillah polis bagi kerjasama dengan baik untuk Alia.

“Saya akan jelaskan lebih terperinci lepas semua reda sebab sekarang saya dekat balai dan masuk dalam siasatan.

“Saya harap sokongan dan kalian berdoa untuk kami,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.

 

Menerusi video yang lain, pempengaruh yang bernama Aqil itu turut memuat naik sebuah video yang menunjukkan keadaan terkini mangsa yang dipenuhi dengan kesan lebam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AQIEL ✨ (@theaqil7)

Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut telah mengundang amarah netizen yang berang melihat wanita tersebut seperti tiada belas kasihan kerana sanggup mendera.

Ramai dalam kalangan netizen meminta agar wanita tersebut mendapat hukuman setimpal.

Sementara itu, memetik laporan mStar, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua individu yang dikaitkan dalam kes dera terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan, mangsa juga telah diselamatkan selepas pihaknya menerima satu laporan pada awal pagi Jumaat.

“Pada 22 Julai 2022 jam 12.14 tengah malam pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerima satu laporan berkaitan kes penderaan dan mencederakan kanak-kanak dan satu siasatan telah dijalankan.

“Selepas menerima laporan berkenaan, Polis Kajang pada 22 Julai 2022 jam 2.30 pagi telah bertindak menyelamatkan mangsa dan telah membuat tangkapan ke atas seorang perempuan Melayu dan seorang lelaki warganegara Singapura di sebuah rumah di taman perumahan Beranang, Selangor.

“Suspek berumur lingkungan 28 hingga 30-an. Tahanan reman dibenarkan selama tujuh hari sehingga 28 Julai 2022. Mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan, doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 4 Oct 2018

Pemuda Ini Menangis Meminta Allah Permudahkan Rezeki Selepas Solat, Tiba-Tiba…

Betul la RM 1000. Dulu arwah mak aku pesan, mana orang atau ustaz yang jadi khalifah buat Yassin dan tahlil kat dia, bagi duit RM 1000. So, aku bagilah…

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Bukan Nak Tunjuk Hebat, Nourul Depp Tak Mahu Jadi Artis Bermusim

Saya harap, jangan tanya lagi fasal ini. Kalau ada persembahan, datanglah tengok. 

Featured Wed, 9 Nov 2022
Hiburan Tue, 13 Nov 2018

Local Artist Evelyn Feroza Wants You to Close Your Eyes and Indulge in Her Latest Song

But you’ll want to keep your eyes open while watching her new music video though…

Trending Wed, 27 Dec 2023

Gara-Gara Mahu Mengambil Baju Di Balkoni, Penuntut Universiti Terjatuh Dari Tingkat 34

Jadi pengajaran buat semua…hati-hati semasa nak ambil baju tu🥺

Featured Wed, 30 Apr 2025

“Pergi Bercuti Mana Pun, Tiada Tempat Setenang Madinah” – Khairul Aming

Khairul Aming mengakui tiada tempat yang dikunjungi setenang kota suci, Madinah.

Hiburan Tue, 23 Jul 2024
error: Content is protected !!