Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 26, 2023 @ 2:55pm

[VIDEO] Berdepan Insiden Kecil, Fathia Latiff ‘Bergaduh’ Dengan Keluarga? Ibu Halang Muat Naik Status Di Media Sosial – “Rasa Sangat Terancam…”

Perkongsian terkini pelakon sensasi Fathia Latiff meraih perhatian ramai selepas memuat naik pendedahan keretanya dilanggar oleh individu tidak dikenali ketika berada di sekitar Shah Alam.

Difahamkan, individu berkenaan telah mengundur secara tiba-tiba membuatkan keretanya dilanggar di bahagian depan.

 

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Stories (IGs), pelakon drama rantaian popular ini Ariana Rose ini meluahkan rasa kesal terhadap bapanya kerana tidak menyarankan dirinya untuk membuat aduan di balai polis.

“Salam Ramadan. Saya tak faham kenapa zaman ini zalim sangat manusia. Haritu saya depan Shah Alam mall bawak kereta nak masuk ke parking pusat membeli-belah itu which is on the left side.

“Masa saya nak masuk parking, ada kereta kat depan saya tiba-tiba undur dan langgar saya. Dia turun lepastu saya pun call bapa saya dan bapa saya suruh dia call polis. Saya macam sedih juga tiba-tiba polis suruh datang buat aduan kalau tak polis keluarkan waran.

“Dan saya pun tak tahu nak buat apa, Saya call bapa saya dan bapa saya cakap suruh dia (individu melanggar) bagi tahu polis. Saya jadi blur, pergi bagi tahu makcik tu suruh bagi tahu polis.

“Dan satu lagi, saya terlupa perlu buat aduan di pejabat polis dalam masa 24 jam. Dan paling saya sedih, kenapa bapa saya tak suruh saya yang buat aduan tapi suruh perempuan tu yang buat aduan.

“Saya rasa sedih sebab, rasa tak adil dengan layanan yang orang berikan pada saya. Dan setiap kali saya nak luahkan perasaan, saya mesti rasa macam ada orang halang dan distract saya untuk tak bercakap benar,” tulisnya.

Tidak habis disitu, Fathia turut membuat siaran langsung di Instagram miliknya sebentar tadi namun begitu telah menerima reaksi yang kurang senang daripada pihak keluarganya, terutamanya ibu dan bapa.

Menerusi video berdurasi 1 minit 43 saat itu, Fathia meluahkan rasa kesal terhadap ibu bapanya yang seakan menghalang dirinya untuk tidak meluahkan perkara yang terjadi di media sosial.

“Tak perlu nak buat live sampai nak post dekat media sosial.. Tahu tak berapa banyak orang yang baca? Clarify dulu dengan Abah kalau Kak Ya (Fathia) rasa betul… Apa ni Kak Ya? Kak Ya kena tenang dan berfikir dengan waras, jangan buat macam ni,” nasihat ibunya.

Bidas Fathia, dia berada dalam keadaan tenang dan mempersoalkan mengapa dia tidak boleh meluahkan perasaannya di media sosial.

“Kak Ya tak faham kenapa saya tak boleh nak luahkan apa yang saya rasa di media sosial.. Kak Ya rasa sangat terancam sekarang ni, Kak Ya takut..,” katanya dalam nada yang gelisah.

@xtra_my Apa yang berlaku ni? 🥺😰 #fyp #xtramy #fathialatif #gaduh #keluarga #mediasosial #terancam #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

Sehingga kini tiada sebarang kemaskini dibuat oleh Fathia berhubung video siaran langsungnya itu.. Namun begitu, menjengah ke ruangan komen ada yang menganggap Fathia diserang ‘anxiety’ selepas berlaku kemalangan kecil.

Bagaimanapun, hantaran di IGS serta video live terbabit telah dipadamkan oleh Fathia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Jun 2023

[VIDEO] “Kalau Tak Buat Sesuatu, Tak Ada Siapa Notice Dia”  – Alyah Puji Aina Abdul Penyanyi Berani!

Queen puji queen! 🫶🏻 Min setuju, Aina memang berani dengan fesyennya yang sangat mega!

Hiburan Sat, 11 Apr 2026

Pusara Anak Dikerumuni Burung Merpati, Amyza Aznan Sebak – “Apa Amalanmu Wahai Anak…”

Amyza mempersoalkan apakah amalan yang dilakukan anaknya itu yang turut disayangi oleh makluk ciptaan Allah SWT yang lain.

Hiburan Thu, 3 Oct 2019

Isteri Tinggalkan Pelamin…Apa Alasan Sufi Rashid?

Di sini saya menegaskan, apa yang anda lihat bukan seperti dijangkakan.

Hiburan Mon, 26 Aug 2019

黄若熙演唱多首未曝光创作!让媒体粉丝投选下一首新歌

刚入围台湾金曲奖的黄若熙选择在出道三周年庆当日举办新歌发布会,现场除了演唱多语创作新歌《只想说谢谢你》,也现场演唱了被电视电台媒体禁播入围金曲奖的歌曲《十种自杀的方法》。

Hiburan Sat, 17 Aug 2019

相隔10年李幸倪再推华语专辑!生日愿望:想拿金曲奖

相隔10年Gin李幸倪再推华语专辑《浮世绘》日前特返马出席宣传活动,并直呼今年的生日愿望是有机会夺得明年的《金曲奖》。

Trending Tue, 16 Jul 2019

研究证实:接吻能「帮女生减肥」、越亲人越美

研究证实:亲吻既能展现亲密,又能让身体健康,不要吝啬亲你的另一半啊~

Trending Fri, 12 Feb 2021

Uyaina Arshad, Didie Alias & Mark Adam Hangatkan Program Realiti Nyanyian Keluarga, Famili Duo!

Program realiti nyanyian terbaru, Famili Duo bakal bersiaran selama lapan episod bermula Ahad, 14 Februari 2021 jam 9 malam di TV3 serta di www.tonton.com.my Famili Duo merupakan spin-off daripada program Family Singing Show di 8TV […]

error: Content is protected !!