Featured By: Khairil Khusyairi May 25, 2023 @ 1:33pm

[VIDEO] Berjubah Konvo Di Pusara, Noorkhiriah Buat Netizen Menangis – “Terasa Sampai Ke Ulu Hati”

Pelakon berbakat besar, Noorkhiriah menjadi perhatian apabila membuat perkongsian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Instagram (IG), pelakon drama rantaian popular, Nur, itu berkongsi sebuah rakaman video yang memaparkan dia berada di tanah perkuburan.

Rakaman pendek tersebut menunjukkan Noorkhiriah sedang melakonkan dia mengenakan jubah konvokesyen sambil menangis teresak-esak meratapi di pusara.

“Assalamualaikum, dah telefon mak pak harini?

“Akak tak sempat nak kongsi Pertubuhan Amal By Khiriah dengan arwah ayah akak. Jika arwah ayah akak ada mesti ayah akak paling happy sebab ayah akak adalah peminat dan penyokong akak, miss you Pak, Al-Fatihah,” tulis Noorkhiriah

Difahamkan, rakaman tersebut dibuat untuk mempromosikan pertubuhan amal miliknya yang memberikan perkhidmatan percuma menguruskan jenazah iaitu Pertubuhan Amal By Khiriah.

Biarpun hanya sekadar lakonan, video tersebut ternyata menyentuh hati dan perasaan sesiapa sahaja yang menonton.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengikut meluahkan rasa sedih dan tersentuh melihat rakaman tersebut biarpun hanya sekadar lakonan.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian menyentuh jiwa tersebut telah meraih lebih 139,000 tontonan dan lebih 90 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Jul 2023

Selepas 2 Tahun Berehat, Saharul Ridzwan Luah Rasa Rindu Nak Berlakon?

Lama dah tak nampak Saharul Ridzwan berlakon kan?

Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Selebriti Mon, 11 Apr 2022
Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Pengacara Mahadzir Lokman Meninggal Dunia

Al- Fatihah buat Datuk Mahadzir Lokman yang meninggal dunia awal pagi ini. Salam takziah dari kami di Xtra untuk seluruh keluarga Allahyarham…Semoga roh arwah dicucuri rahmat.