Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 22, 2022 @ 4:52pm

#JusticeForBella: Aktivis Mona Din Dakwa ‘Puak’ Siti Bainun Cipta Group Telegram ‘Bainun & Bella Story’ Untuk Cari Penyokong Putar Belitkan Fakta

Heboh di ruangan media sosial sejak semalam mengenai sebuah group Telegram yang mengupas isu kes penderaan membabitkan remaja sindrom down, Bella.

Timbul dakwaan group tersebut dibuat oleh ‘team’ Orang Kena Tuduh (OKT) iaitu pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang dikatakan meragui kenyataan dari pihak saksi dan dengan sengaja telah memutar belitkan fakta mengenai kes berkenaan.

Dakwaan terbabit ditimbulkan oleh aktivis Mona Din yang kuat menyokong solidariti #JusticeforBella menerusi akaun Facebook rasmi miliknya.

“Saya tengok, antara yang berperanan besar dalam ‘me-rekrut’ dan mencari penyokong untuk Siti Bainun adalah dari keluarga lawyer mereka sendiri.

“Dahsyat. Kakak-kakak berjuang di court. Adik-adik berjuang di media sosial. TERPAKSA, dah tak ada orang nak side Siti Bainun, maka satu keluarga anak beranak pun kena la buat kerja ‘probono’ juga,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh akaun Instagram Jabatan Netizen Negara turut mendedahkan wujud akaun Telegram bertajuk ‘Bainun & Bella Story’ seperti yang didakwa oleh aktivis Mona Din.

Meninjau di ruangan komen hantaran Mona Din tersebut, ramai dalam kalangan pengikutnya yang menyeru agar group Telegram tersebut di laporkan agar mereka berhenti untuk memuat sebarang spekulasi lagi.

Bagaimanapun, Hakim Izralizam Sanusi memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak memuat naik kenyataan subjudis, fitnah atau menghina mahkamah berhubung kes pengabaian dan penganiayaan remaja sindrom down Bella di media sosial.

Hakim turut menekankan tujuan tersebut adalah untuk mengelak sebarang gangguan kelancaran prosiding mengenai pelbagai kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan.

Difahamkan mereka boleh dikenakan tindakan sewajarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#ThrowbackXTRA Wed, 17 May 2023
Trending Fri, 21 Jun 2019

Selepas Nepal, Indonesia Pula Haramkan PUBG

Selepas Nepal, Indon pula haramkan PUBG. Dah kenapa?

Featured Wed, 31 Jan 2024
#tilljannah Sun, 11 Sep 2022

Erra Fazira Ucap Tahniah Kepada Shahir, Doa Perkahwinan Kekal Ke Syurga

Lurvee Erra Fazira! Kawan yang baik kan?! ❤️

Trending Fri, 3 Apr 2020
error: Content is protected !!