Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 3, 2020 @ 12:01pm

[VIDEO] Gelombang Ketiga Covid-19 Bakal Berlaku? Ini Adalah Ramalan Sebenar KKM Dan WHO

Semua ini dapat diatasi dengan tindakan rakyat Malaysia. Ayuh!

Ramalan ataupun jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa Malaysia bakal mencapai jumlah puncak kes positif Covid-19 pada pertengahan bulan ini selari dengan ramalan gelombang ketiga oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada sidang media harian di Putrajaya berkata, ianya lebih-lebih lagi selepas pihaknya menegesan kes jangkitan import wabak tersebut apabila terdapat rakyat di negara ini kembali dari luar negara.

Sumber : Google

“Itu sebabnya, kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dengan pelaksanaan PKP, kita boleh terus mengesan dengan aktif, terutama di kawasan titik panas

“Ia membolehkan kami mengesan pesakit lebih awal, mengasing dan merawat mereka

“Jangkaan kami mungkin dalam tempoh dua minggu yang penting ini, jika semua bersama-sama memainkan peranan dengan duduk di rumah, mengamalkan jarakan sosial, membasuh tangan, dalam tempoh ini, (graf jangkitan Covid-19) kita boleh melandai lengkok (menurun),” 

Ketika ditanya mengenai saringan yang dilakukan adakah mencukupi atau tidak, beliau menjelaskan bahawa setakat ini, Malaysia berada pada kadar 7. 2 peratus iaitu kira-kira 10 peratus sahaja pada tanda aras yang ditetapkan oleh WHO.

Sumber : Google

Tambahnya lagi, sebelum ini WHO telah mengeluarkan laporan setiap 10 ujian yang dijalankan terdapat satu kes positif baru yang mencapai tanda aras yang ditetapkan.

Sumber : Google

“WHO mengeluarkan laporan jika kita laksanakan ujian dan banyak kes positif, ia bermakna masih banyak kes dalam komuniti

“Kalau tengok ujian kita 43,462 dan kes positif sebanyak 3,116 atau 7.2 peratus, kira-kira 10 peratus. Ini bermakna kita sama dengan tanda aras WHO,” Katanya.

Malah, media sebelum ini turut melaporkan bahawa pejabat WHO Negara menganggarkan Malaysia menunjukkan jumlah tertinggi pesakit di hospital pada pertengahan April.

Dan, ketua misi merangkap wakil WHO ke Malaysia, Brunei dan Singapura, Ying-Ru Lo berkata, jumlah pesakit kritikal di negara ini dijangka meningkat minggu depan.

“Malaysia mempunyai jumlah jangkitan Covid-19 tertinggi di Asia Tenggara dengan 2,908 kes yang disahkan dan sudah mengeluarkan larangan perjalanan bagi membendung penularan Covid-19 baharu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 17 Sep 2021

Emas & Wang Bernilai Lebih RM0.5 Juta Lesap, Pemuda Ditipu Pasangan Sejenis Bergelar ‘Tengku’

Seorang lelaki berusia 20-an berputih mata apabila sejumlah barang kemas milik ibunya bernilai RM370,000 dan wang tunai berjumlah RM201,000 lesap akibat ditipu oleh pasangan sejenis. Lebih mengeruhkan keadaan, lelaki yang merupakan peniaga ‘online’ diugut akan […]

Hiburan Thu, 19 Dec 2024

Lan Zailan Menghembuskan Nafas Terakhir

Lan Zailan meninggal dunia.

Trending Tue, 5 May 2020

Ini 11 Soalan Lazim Tentang Perjalanan Rentas Negeri 7-10 Mei & Aplikasi Gerak Malaysia

Info tentang aplikasi Gerak Malaysia dan perjalanan rentas negeri

Hiburan Thu, 20 Apr 2023
Hiburan Tue, 21 Jan 2025

Shahrol Shiro Buat Laporan Polis Ke Atas Harith Iskander, Didakwa Persendakan Agama – “Sangat Biadap!”

Shahrol Shiro berang, dakwa Harith Iskander buat lawak persenda agama

Featured Sat, 29 Oct 2022

“Terima Kasih Selama Ni Jaga Makan & Sakit Aku” – Hubungan Persahabatan 2 Remaja Undang Cemburu Netizen

Tular sebuah video persahabatan dua orang remaja telah meraih perhatian warganet di media sosial. Dijaga oleh kawannya ketika sedang sakit, Fariz melahirkan rasa syukur mempunyai teman yang baik.. Aksi dimandikan oleh sahabatnya ketika Fariz sedang […]

Hiburan Thu, 3 Oct 2024
error: Content is protected !!