[VIDEO] “Bukan Kembar Kali Ini, Maybe Next One” – Dr Sheikh Muszaphar Tidak Sabar Menanti Jantina Anak Ke-7

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar berkongsi keadaan terkini isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos yang sedang hamil zuriat ke-7.

Berdasarkan sebuah hantaran di Instagram, Dr Sheikh memuat naik video menunjukkan mereka membuat pemeriksaan jantung bayi yang kini berusia 12 minggu.


Menerusi perkongsian tersebut, Dr Sheikh berharap agar mereka dikurniakan anak kembar lagi tetapi hanya ada satu degupan jantung bayi.

“Bukan kembar kali ini. Saya minta Dr Imelda untuk mencari anak kembar seorang lagi, mungkin sorok dibelakang uterus. Tetapi doktor cakap hanya ada satu degupan jantung. Tetap bersyukur, Alhamdulillah. Maybe next one,” tulisnya.

Di kesempatan itu, Dr Sheikh turut berkongsi keadaan bayi yang digambar baru membesar seperti saiz buah pear dan degupan jantungnya sangat kuat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya terhibur membaca coretan Dr Sheikh yang sempat berseloroh mahukan anak kembar untuk kehamilan seterusnya.

Dalam pada itu, ramai yang turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.

Untuk rekod, pasangan sejoli ini mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 11, Sophea Natasha, 9, anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 3 serta kembar kedua Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia, 2.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kongsi Berita Gembira Bakal Timang Cahaya Mata Ke-7, Reaksi Anak Bongsu Dr Sheikh Muszaphar Curi Perhatian Ramai – “Dia Tak Nak Terima”

Aqilah Paharuzi