“Saya Memang Tak Suka Kongsi Hal Peribadi” – Zizi Kirana Selesa Hidup Bersederhana

Penyanyi Zizi Kirana mengakui lebih selesa hidup besederhana dan tidak terlalu berkongsi mengenai kisah peribadinya bersama suami yang juga pelakon, Yusuf Bahrain di media sosial.

Menurut Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil, 38, dia bukanlah jenis yang suka memuat naik gambar mesra bersama suami untuk tatapan umum, malah sejak dari dahulu lagi dia mengambil sikap menjaga ‘privasi’.

“Saya memang tak suka kongsi hal-hal peribadi. Memang tak pernah upload apa-apa tentang cinta atau apa sahaja.

“Ketika saya bujang pun sama apatah lagi bila dah kahwin. Memang tak ada kongsi tentang kemesraan kami.

“Kalau nak upload, kami berdua akan kongsi yang biasa-biasa sahaja. Simple life is better,” katanya.

Dalam pada itu, anak kelahiran Semporna, Sabah ini mengakui dalam perkahwinan, salah faham antara suami isteri itu adalah perkara biasa, namun ia terpulang bagaimana setiap pasangan itu menyelesaikan masalah berkenaan.

“Pasti ada, tapi kami gaduh-gaduh manja sahaja. Contoh macam nak makan kat mana.

“Walaupun Yusuf oranganya sensitif, tapi bila saya merajuk dia akan cepat-cepat pujuk,” jelasnya.

Terdahulu, pasangan sama cantik, sama padan ini selamat dinikahkan pada 19 September 2021 di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

Manakala, pelantun lagu Eh! ini turut menerima mas kahwin sebanyak RM300, cincin, gelang tangan dan senaskhah al-Quran.

 

 

Sumber: Gempak

Salma Syahbuddin