“Ia Ganggu Kerja Kami” – Minta Henti Sebar Fitnah Isu Rumah Tangga, Bella Astillah Kesal Dengan ‘Blogger’ Gara-Gara…

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Bella Astillah memuat naik sebuah hantaran di Instagramnya meminta untuk ‘blogger’ hiburan tidak menyebarkan berita yang tidak sahih dan mengaitkan dengan kontroversi baharu.

“Assalamualaikum, lama kami berdiam diri. Tetapi harini terpanggil untuk bua satu posting berkenaan headline atau artikel yang disebarkan di media sosial (Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube) oleh kerana kami tidak ingin memberikan sebarang kenyataan.

“Para blogger mengambil jalan mudah dengan menggunakan statement Bella pada tahun 2019 dan disunting seolah-olah Bella ada memberi kenyataan baru,” kata Bella.

Sehubungan itu, Bella menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan blogger tersebut adalah fitnah dan ramai yang menyarankannya untuk memfailkan saman.

“Inilah yang dikatakan fitnah. Kami berusaha berdiam diri tapi makin menjadi. Ramai yang menyarankan kami untuk ambil tindakan dan saman tapi kami ada banyak lagi perkara yang perlu diutamakan,” jelasnya lagi.

Malah, Bella mengakui bahawa kenyataan yang berbaur fitnah ini mengganggu kerjanya dan suami dalam mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak dalam masa sama masih menjalani rawatan gara-gara disihir.

“Bila kami selalu post gambar bersama orang cakap jangan menunjuk sangat, tapi bila kami tidak post cakap kami bergaduh. Kerana dengan segala fitnah yang dilemparkan sedikit sebanyak mengganggu kerja kami.

“Kami suami isteri sekarang sibuk mencari rezeki, membesarkan anak-anak yang sudah mula bersekolah dan sedang menjalani rawatan,” luahnya.

Tambah, Bella turut menyertakan contoh artikel yang didakwa memfitnahnya dengan menggunakan kenyataan lama.

Dalam perkembangan lain, Bella bersama sepupunya, Wani Kayrie kini sedang bersaing dalam Famili Duo di TV3.

Tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir dalam Famili Duo.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Atiqah Johari