[VIDEO] Bunga Citra Lestari Akhirnya Buka Mulut Tentang Pemergian Suami Tercinta

It’s like a bad dream, but it’s real.

Itu ayat yang diungkapkan oleh isteri Ashraf Sinclair sebaik sahaja teman rapatnya yang juga penyanyi popular Indonesia, Andien Aisyah datang melawat dan memberikan sokongan buat Bunga atau lebih mesra dengan panggilan Unge oleh rakan-rakan terdekat beliau.

Ramai nampaknya peminat mahupun media tertunggu-tunggu statement daripada isteri allahyarham Ashraf Sinclair mengenai pemergian suaminya itu. Namun, pihak media mahupun peminat seakan-akan faham dengan kondisi Unge yang kehilangan suami tercinta dalam sekelip mata.

Sumber : Google

Menurut Andien Aisyah yang sempat ditemubual oleh media ketika berada di rumah duka semalam, Ashraf pergi dalam keadaan yang tenang dan tersenyum.

” Kepergian Ashraf memang sangat tenang, bahagia bahkan tersenyum”

Dan, ketika diajukan soalan berkenaan keadaan Bunga Citra Lestari, Andien hanya mampu mengatakan rakannya itu masih terkejut dengan apa yang berlaku dan tidak banyak berkata-kata.
Malah perkongsian Andien menerusi laman twitter beliau ketika berpeluang memeluk Unge pada ketika itu masih terngiang-ngiang apabila isteri kepada Ashraf itu memberitahu beliau  dengan mengatakan,
” It’s like a bad dream Ndien,.. But it’s real”

Salma Syahbuddin