Categories: FeaturedGaya Hidup

DIY meja dengan duit syiling lama satu sen, hasilnya memang WOW!

Menghias rumah tidak semestinya memerlukan modal perbelanjaan yang besar. Dengan sedikit usaha dan ilham kreatif, sesuatu yang nampak biasa boleh bertukar menjadi luar biasa.

Menerusi ciapan di laman Twitter, @thezulfo, pemuda itu berkongsi cara dia dan isteri menghasilkan dekorasi meja sisi dengan hanya menggunakan duit syiling lama satu sen dan tali guni.

Siapa sangka daripada sebuah meja sisi yang kelihatan bosan dan polos, dengan sedikit sentuhan kreativiti, meja tersebut kini tampak lebih eksklusif dan menarik.

Kredit gambar: Twitter @thezulfo

Bagi menampakkan meja kopi yang dihasilkan lebih stail, wanita itu turut memberi eleman kedesaan (rustic) dengan menghias kaki meja menggunakan lilitan tali guni. 

Lihat sahaja hasilnya, daripada sebuah meja sisi yang polos, DIY yang dilakukan isteri pemuda itu bukan sahaja memberikan nafas baharu yang segar, malah unik dan mengagumkan.

Kredit gambar: Twitter @thezulfo

Kredit gambar: Twitter @thezulfo

Kredit gambar: Twitter @thezulfo

Selain meja sisi, wanita itu turut menghias cermin biasa dengan menggunakan CD lama. Hasilnya memang kreatif dan cantik! Semoga memberi inspirasi kepada anda untuk menghias rumah tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar.

Kredit gambar: Twitter @thezulfo

Kredit gambar: Twitter @thezulfo

Ad Ops