[VIDEO] Catwalk Bersama Siti Saleha & Hisyam Hamid, Ramai Tak Keruan Tengok Aiman Hakim – “Tengok Dia Jalan Pun Dah Melting”

Tular baru-baru ini sebuah rakaman video yang memaparkan pelakon Siti Saleha bersama dua aktor kacak Hisyam Hamid dan Aima Hakim Redza ‘catwalk’ bersama sehingga mendapat perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di TikTok, Siti Saleha memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia diapit oleh dua aktor kacak tersebut untuk catwalk bersama.

Lengkap bersuit, ternyata penampilan Hisyam dan Aiman membuat ramai terpesona dengan kekacakan mereka berdua.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 381,000 tontonan dan lebih 30,000 tanda suka.

Difahamkan tiga pelakon tersebut bakal bergandingan dalam sebuah drama yang bakal keluar tidak lama lagi.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut. Malah ada juga menyifatkan gaya catwalk Aiman sangat berstail.

Selain itu, ketampanan Aiman dan Hisyam turut menjadi perhatian warganet.

Khairil Khusyairi