Jadi Wajah Jenama Pakaian Dalam Antarabangsa, Peminat Bangga Dengan Nia Atasha.. Namun Netizen Kecam Tak Sesuai Dengan Sensitiviti Masyarakat Malaysia

Pelakon dan model, Nia Atasha dipilih untuk menjadi model antarabangsa pakaian dalam terkenal, Victoria Secret, baru-baru ini.

Menurutnya, impian untuk menjadi model jenama tersebut sudah diimpikan sejak dia melibatkan diri dalam dunia permodelan.

“It is an honour honestly like this is a big opportunity and I always had a dream since started modeling to be the face of or maybe campaign for Victoria Secret and l’m happy,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “It Is An Honour” – Pertama Di Asia! Nia Atasha Dipilih Jadi Model Pakaian Dalam Antarabangsa Terkenal

Meninjau di ruangan komen di hantaran TikTok Eh Malaysia yang memaparkan berita itu, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan Nia menerima tawaran terbabit yang dikatakan tidak sesuai dengan sensitiviti masyarakat Malaysia.

Namun begitu, menerusi kemas kini Nia di Instagram yang berkongsi mengenai berita gembira ini, rakan-rakan artis dan peminat berbangga dan mengucapkan tahniah atas pencapaian Nia.

Maya Basir