[VIDEO] “Curang Di Belakang Orang Yang Baik Umpama Campak Berlian & Kutip Kotoran” – Anak Zainal Abidin Hassan

Selepas kemelut rumah tangga bapanya yang juga jurulatih bola sepak popular, Datuk Zainal Abidin Hassan tular di media sosial, salah seorang anaknya, Muhammad Zaifiq Abidin memberikan respons berkenaan perkara tersebut.

Menerusi hantaran Zaifiq di Facebook,  tidak semua yang dilaporkan dan didedahkan di media sosial itu sahih mengenai perkahwinan bapanya bersama Fyna Jebat.

” Tidak langsung seperti apa yang dilaporkan pihak media.

” Ya, kami masih wujud dan kami benar-benar tidak bersetuju dengan apa yang berlaku,” tulisnya.

Manakala, menerusi hantaran yang berlainan pula, Zaifiq turut memuat naik foto ibu mereka bersama adik-beradiknya yang lain dengan kapsyen ‘Biar gambar berbicara’.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Zafiq dilihat tetap dengan pendiriannya yang tidak merestui pernikahan bapanya itu apabila turut berkongsi beberapa quotes yang menggambarkan tentang karma dan kecurangan yang berlaku melibatkan keluarganya.

“Curang di belakang orang yang baik umpama mencampak berlian dan mengutip kotoran.” kongsinya.

Manakala menerusi hantaran terkininya pula, dia sempat berkongsi hantaran yang dimuat naik semula oleh salah seorang adik beradiknya, Zahirah Aisya yang memaparkan sambutan ulang tahun serta momen bahagia bersama ibunya beserta kapsyen menyentuh hati.

@nzaisyahhhno one could ever compare to you, no one could ever replace you. i love you forever my beautiful and strong mama ❤️🥰

♬ Hal Hebat – Govinda X Ernie Zakri

 

Terdahulu, isu perkahwinan Fyna Jebat mula menjadi perhatian selepas dia mengaku sudah bernikah dengan jurulatih bola sepak popular itu seusai konsert minggu ketiga Famili Duo yang berlangsung pada 9 Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:“Ya, Saya Dah Berkahwin” – Fyna Jebat Mengaku Bernikah Dengan Zainal Abidin Hassan

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Fyna Jebat Didakwa Kahwin Suami Orang? Ini Respons Zainal Abidin Hassan

ARTIKEL BERKAITAN:Terserempak Zainal Abidin Hassan & Fyna Jebat, Kemas Kini TikTok Mustapha Kamal Buat Peminat Teruja – “Cinta Tak Kenal Usia”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Ada Kena Mengena Dengan Masalah Keluarga Ni…” – Janna Nick Bidas Dakwaan Punca Fyna Jebat & Madu Berkelahi

Salma Syahbuddin