[VIDEO] First Time Pergi Dobi Layan Diri, Nora Danish Teruja – “This Is Fun Actually!”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik pelakon terkenal Nora Danish di platform TikTok yang memaparkan dia sedang merakam suasana sebuah dobi di Perlis, baru-baru ini.

Menurut Nora, ini merupakan pengalaman pertama dia ke dobi layan diri di Perlis memandangkan dia menjalani penggambaran di sana.

“Hi. Okay hari ini first time Nora try lah cuci baju dekat laundry yang layan diri itu, dekat Perlis sebab shooting dekat sini. Jom!” katanya.

Berdasarkan hantaran tersebut, Nora bersama rakan-rakannya itu kelihatan teruja dan merasakan pengalaman terbabit sebagai sesuatu yang menyeronokkan.

“This is fun actually! You know? Macam rasa dekat Korea, cerita Korean tu kan. Tapi dia orang pergi sini, dia orang jumpa dia punya boyfriend and first love,” ujarnya.

Sepanjang perkongsian itu, dia merakam pengalamannya mencuba dobi layan diri kepada peminatnya.

@noradanishhanifLaundry Bar at Perlis , why not la kan.

♬ original sound – 𝕹𝖔𝖗𝖆 𝖉𝖆𝖓𝖎𝖘𝖍

“Laundry Bar at Perlis, why not la kan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa cemburu dan kecewa kerana tidak dapat berjumpa dengannya dan turut berharap untuk berjumpa dengan Nora di sana.

“Nyesainya aku tak pi basuh baju tadi.

“Aaa dekat dah tadi. Tak tahu pulak ada Nora Danish kat situ.

“Uish kalau aku dekat tu waktu tu, seharian tu aku kecoh posting story gambar dengan Nora sahaja.

“Imagine casually washing your clothes and met Nora Danish!

“Weh aku dapat guna washing machine lepas Nora Danish guna pun aku okay dah! Janji bekasan dia dapat rasa.

“Esok aku nak pi basuh baju kat mesin tu jugak lah. Boleh sembang kata aku pernah share satu mesin baju dengan Nora,” komen netizen

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 440,000 tontonan, 28,000 tanda suka dan lebih 363 komen.

Dharnieya Nur Amelsa