[VIDEO] “Dah Ada Dua Penyakit Pun Macam Ni, Lebih Baik Berzikir..” – Netizen Terkilan Marshanda Pilih Tarian Intuitif Sebagai Terapi Bipolar

Setiap individu pasti ada cara mereka tersendiri untuk meluahkan atau mengeluarkan rasa yang terpendam dalam jiwa mereka.

Begitu juga dengan penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Marshanda yang memilih tarian intuitif sebagai salah satu cara ‘terapi’ dirinya.

Namun begitu, tindakannya itu disalah anggap oleh segelintir netizen yang mendakwa tindakannya itu melampau dan tidak wajar dilakukan.

Marshanda yang disahkan menghidap penyakit mental, bipolar pada 2009 memuat naik sebuah video di Instagram miliknya yang memaparkan aksi menari sakan itu sebagai salah satu cara untuk memulihkan sakitnya.

Bintang sinetron Putri Yang Terbuang itu menjelaskan tarian bebas itu adalah salah satu cara untuk melepaskan emosi dalam dirinya.

Sekadar info, tarian intuitif bermaksud badan seseorang individu bergerak mengikut alunan muzik mengikut gaya tersendiri.

Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan nasihat pengikutnya yang menyuruh Marshanda untuk mendekatkan diri kepada PenciptaNya menerusi ibadah.

Namun begitu, ramai dalam kalangan peminatnya memahami perasaan Marshanda dan menyokong caranya memilih tarian sebagai rutin dalam kehidupan harian untuk melepaskan tekanan.

Selain bipolar, Marshanda sebelum ini mendedahkan dia menghidap kanser payudara dan sedang menjalani rawatan di Singapura.

Artikel Berkaitan: Marshanda Derita Hidap Kanser Payudara, Akui Sudah Bersiap Sedia Jika Bertemu Ajal

Aqilah Paharuzi