“Kalau Diam Orang Anggap…” – Fiza Halim Dituduh Buat ‘Projek’ Dalam Toilet & Tawar Khidmat S*ks Di Hotel Terkemuka

Nama pelakon Fiza Halim tiba-tiba menjadi bualan hangat di media sosial apabila muncul satu dakwaan yang mengatakan dia melakukan maksiat malah menawarkan khidmat seks di dalam tandas di sebuah hotel baru-baru ini.

Berhubung isu tersebut, Fiza mengakui terkejut menerima berita tersebut apabila ada peminat berkongsi sebuah tangkap layar artikel berkaitan dirinya.

Menyangkal tuduhan tersebut, bekas anggota kumpulan Elite itu menganggap tuduhan tersebut tidak berasas dan sengaja mahu menjatuhkan reputasi baiknya.

Memetik daripada laporan mStar, Fiza memaklumkan bahawa dia enggan melayan isu ini namun jika dia berdiam diri orang akan menganggap perkara ini betul. Apa yang lagi dirisaukan ialah tahap kesihatan ibunya yang menghidap kanser usus tahap tiga.

“Ikutkan saya malas nak layan sebab tak tahu nak kata apa. Saya tahu pasal fitnah itu pun sebab peminat yang hantar kepada saya.

“Kalau saya diam saja, orang anggap berita itu betul. Kalau jelaskan pun, mesti ada yang kata tipu. Saya pun tak tahu dah nak kata apa.

“Ibu saya dah la tengah sakit! Dia baru saja disahkan menghidap penyakit kanser usus… dah masuk stage 3, tiba-tiba datang pula masalah lain,” luahnya.

Kontroversi ini menjadi tular apabila sebuah akaun Instagram (IG) membuat perkongsian artikel yang mendakwa Fiza Halim melakukan perbuatan keji tersebut dengan seorang pelanggan di sebuah hotel malah ada juga pengguna di Twitter mendakwa pernah mendapatkan perkhidmatan seks daripada pelakon tersebut.

Tegasnya lagi, dia tidak akan melakukan perkara hina tersebut yang akan mendatangkan malu kepada diri sendiri dan keluarga.

“Boleh fikir sendiri, logik ke tak? Takkan la saya nak buat maksiat di tempat umum dan malukan diri sendiri dengan berkongsi di laman sosial.

“Agak-agaklah nak sebar fitnah sampai macam itu sekali… sangat melampau! Saya ada anak dan keluarga, takkan la saya nak buat benda terkutuk itu,” ujarnya.

Fiza turut menjelaskan bahawa dia tidak mahu menuduh mana-mana pihak kerana dia menyedari ramai yang kurang senang melihat kebahagiannya.

Sumber: mStar

Atiqah Johari