[VIDEO] “Dia ‘Menganjing’ Padan Muka Kau…” – PA Fify Azmi Terkilan Isu Songlap Duit Aibkan Keluarga, Ibu Menangis

Pembantu peribadi (PA) kepada Fify Azmi, Nora sangat terkilan dengan tindakan pelakon itu yang memuat naik foto wajahnya di Instagram.

Menurut Nora, dia memerlukan penjelasan daripada Fify tentang motifnya memuat naik foto dirinya sehingga ke hari ini masih lagi belum dipadam.

Fify dikatakan tidak mahu berbincang secara baik malah membalas pertanyaan PA itu dengan sindiran.

“Saya pernah tanya dia “Kenapa Fify viralkan gambar akak?” “Maruah keluarga akak macam mana?” dia balas dengan sindirin “Padan muka kau, aku sepuluh kali lagi bahagia daripada dulu”.

“Saya tak pernah lari dan tak pernah tutup telefon kalau dia hubungi untuk bertanyakan mengenai perkara ini.

“Tapi dia memilih untuk memviralkan saya di media sosial hingga menjatuhkan nama saya serta keluarga. Bila saya bayar duit dia, dia boleh kembalikan ke maruah saya?” katanya.

Lebih menyedihkan lagi, baru-baru ini Nora baru kehilangan ayahnya ditambah lagi dengan masalah yang mengaibkan keluarganya.

“Saya baru kehilangan arwah ayah, bila jadi macam ni sampai menitis air mata mak saya tu saya rasa apa kesalahan saya buat sampai tak boleh nak berbincang.

“Apabila melibatkan gambar ni, orang kampung tahu, saudara mara ‘call’ sampai nak jumpa semua. Saya rasa melampau lah sampai tak boleh bawa berbincang dengan cara elok,” katanya.

Tambah Nora, sebelum ini dia tidak pernah ada masalah dengan Fify dan pernah susah bersama-sama dengannya.

Sumber: mStar

Maya Basir