[VIDEO] Dedah Sisi Buruk Suami & Kongsi Video Luahan Hati Di IG, Peminat Amyra Rosli Geram Kena Scam

Pelakon dan pengacara jelita, Amyra Rosli mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek mengenai luahan hatinya terhadap sisi buruk suaminya yang juga pelakon, Amar Baharin.

Menerusi perkongsian tersebut, Amyra kelihatan tidak dapat menahan sebak dan perasaan marahnya terhadap kelakuan suaminya yang dianggap melampau.

“Dah tiba masa untuk ceritakan kebenaran. Amyra minta maaf,”katanya.

Dalam pada itu, pengacara program Nona yang ditayangkan di TV3 ini juga mengaku, tindakannya itu bukanlah kerana mahu menyebarkan aib suaminya.

“Saya bukan orang yang senang-senang boleh share to public about my personal life, privasi, tapi kali ni memang too much! Saya dah tak tahan. 

“Apa yang saya bakal cakap ni adalah perasaan saya terhadap suami saya (Amar Baharin). Benda ni dah lama sangat saya pendam. Sakit. Rasa geram pun ada lagi-lagi sekarang ni saya stress dengan jadual kerja yang very tight. Tak terluah. Tak tercakap apa yang saya simpan ni.

“Saya tak tahu kenapa? Mungkin sebab depan anak-anak kot.Kami act like normal. Saya bukan nak aibkan suami, dia baik dan saya sayang sangat dekat dia,” jelasnya.

Perkara itu dikongsi Amyra menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Selasa.

 

Bagaimanapun, pelakon itu terpaska menghentikan sesi luahan hati tersebut selepas mendapati suaminya telahpun pulang ke rumah.

“I am gonna  stop this, but saya akan rekod dan kita tengoklah apa yang jadi nanti,” kongsinya.

Terkejut dalam masa sama terhibur dengan tindakan pasangan pelakon itu, rata-rata warganet dan rakan selebriti tampil memberikan respons pada hantaran berkenaan.

Malah, terdapat segelintir warganet yang berasa geram dek kerana merasakan diri mereka telah ditipu dengan lakonan teraju utama drama popular Nur itu yang hanya tampil mempromosikan produk makanan popular, Pak Mat Western.

“First time lah karakter Mira buat kitarasa nak pukul.

“Saya ni baran tau kak.

“Betul-betul pelakon ye.

“Dah lah akak, saya nak boikot akak sekali.

“Saya ambil serius perkara ini. Dasar pelakon!,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun menerima lebih 1 juta tontonan dan menerima lebih 45,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

Salma Syahbuddin