Featured By: Aqilah Paharuzi August 13, 2022 @ 7:03pm

[VIDEO] Didakwa Berkahwin Dengan Suami Sebab Duit, Madammu Tampil Bersuara -“Dia Tak Kaya Raya Masa…”

Baru-baru ini, usahawan dan pengasas kosmetik Eriyca Baiduri atau lebih mesra disapa Madammu menerima kecaman daripada netizen yang mendakwa dirinya hanya berkahwin dengan suaminya kerana berharta.

Ia susulan selepas Madammu memuat naik video yang memaparkan dirinya bersama suami di dalam kereta.

“Cuba lelaki (suami) pakai Proton Wira buruk, dah lama bini (isteri) lari,” tulis netizen berkenaan di video TikTok tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, Madammu, 33, menjelaskan dia berkahwin dengan suaminya, Azri, 44, pada tahun 2015 dan pada masa itu suaminya hanya seorang lelaki biasa dan tidak kaya raya.

@eriyca.baiduri

Replying to @shamsudinzakaria94 😏

♬ Jaga Jaga – Azarra Band & Beby Acha

“Apa yang saya boleh katakan, saya dengan suami ini berkahwin daripada tak ada apa apa dan bermula dengan sederhana.

“Saya berkahwin dengan suami bukan sebab duit semata-mata. Tak semua perempuan berkahwin sebab duit. Saya berkahwin dengan suami sebab dia baik.

“Masa saya kahwin dengan dia, walaupun waktu itu dia biasa-biasa tapi saya percaya dengan budi bicara, karakter dia yang sangat melindungi, saya tahu dia boleh jaga dia.

“Saya tahu rezeki boleh dicari kemudian dan boleh cari bersama-sama. Alhamdulillah, hari ini daripada kami biasa-biasa kami dapat mencapai apa yang kami nak,” ujarnya.

@eriyca.baiduri

Kalah anak anak #noir #ladyofnoirmalaysia

♬ Takkan Terganti – Maulana Ardiansyah

Mengulas lebih lanjut, penaja utama Anugerah Juara Lagu (AJL) berkata dia tidak terasa hati dengan komen netizen itu sebaliknya faham bahawa mereka gemar membuat andaian sendiri.

“Kehidupan dulu tidaklah semewah hari ini. Dari kami duduk rumah sewa kami beli rumah. Perlahan-lahan perniagaan makin berkembang dan maju. Jadi, jika ada yang kata saya kahwin sebab duit itu salah.

“Saya faham, netizen ni mereka suka buat andaian dan mereka suka bercakap apa yang mereka fikir.

“Kalau nak tahu, jenama Noir adalah milik saya sendiri. Begitu juga suami yang mempunyai perniagaan sendiri, tapi lebih banyak bantu saya di Noir,” katanya lagi.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 12 Jul 2019

Alamak…Jurukamera ‘Seriau’ Kena Kacau Maknyah!

Adoi, nasib baik takde apa-apa jadi wak!

Featured Wed, 20 May 2020
Trending Fri, 14 Feb 2020
Trending Sat, 13 Mar 2021

Sempena Birthday, Aeril Zafrel Hadiahkan Wawa Zainal Mercedes-Benz Bernilai RM300,000

Bersempena ulang tahun kelahiran isterinya, pelakon Wawa Zainal yang ke-29, aktor dan usahawan Aeril Zafrel menghadiahkan sebuah kereta mewah. Kenderaan jenis Mercedes-Benz GLC 300 itu dianggarkan bernilai RM300,000. “Saya menghadiahkan kereta ini kepada isteri kerana […]

Featured Fri, 19 Aug 2022

Pelakon Lelaki Meningkat Naik Didakwa ‘Kaki Perempuan’ & Dadah, Terlibat Jenayah Rog*l Gadis Bawah Umur?

Mak aii semua jenayah berat dia tapau eh 👀 Siapa eh agak-agak pelakon lelaki tu? 🤔