Featured By: Yanie Baharom May 20, 2020 @ 10:56pm

Zumba bukan tarian untuk kurus, sebaliknya berseronok – Beto Perez

 

Siapa yang tidak mengidamkan tubuh badan langsing dan menawan. Tetapi berapa ramaikah yang benar-benar istiqamah untuk merealisasikan impian ini?

Halangan utama yang menjadi masalah besar kepada ramai orang adalah sikap malas bersenam. Tambahan lagi wanita, pilihan senaman mereka tentulah mahu yang menyeronokkan seperti zumba.

Tidak dinafikan zumba adalah satu senaman yang menyihatkan kerana membuatkan badan berpeluh kencang, tetapi tidak begitu membantu untuk menurunkan berat badan jika tidak mengamalkan pemakanan seimbang.

Pengasas tarian itu, Beto Perez, berkata tarian zumba bukan direka untuk menurunkan berat badan pengamalnya, sebaliknya hanya sekadar satu senaman yang menyeronokkan.

Pengasas Zumba, Beto Perez. Foto: pulsefitdessi

Namun begitu, katanya, ramai peserta yang mengaku berat badan mereka turun dan bagi Perez, itu hanyalah kesan sampingan daripada amalan tarian zumba.

Kata Perez, koreografi zumba berjaya mengaktifkan hormon endorfin, membuatkan pengamalnya berasa gembira.

Foto: Hijab & Heels

 

Perez juga melahirkan rasa terharu kerana hari ini orang ramai mempunyai pilihan senaman yang lebih menyeronokkan berbanding senaman yang dibuat tanpa rasa teruja.

Tarian zumba terdiri daripada empat teras iaitu salsa, merengue, cumbia dan reggaeton, dengan setiap teras mengandungi 16 pergerakkan serta 25 variasi.

Foto: Maskulin

 

Daripada semua pergerakan itu, hanya 30 peratus sahaja dikelaskan sebagai pergerakan kecergasan.

Perez berkata, zumba adalah senaman untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan keadaan kecergasan.

”Falsafah zumba adalah mudah, menyeronokkan dan efektif. Kadangkala di kelas, kami mempunyai peserta daripada tiga generasi. Anak, ibu dan nenek. Ssetengah selebriti juga menjadi peserta, seperti Shakira ketika dia hamil,” katanya lagi.

Begitupun, Perez mengingatkan peserta yang sedang hamil supaya mengelak daripada melakukan pergerakan berat yang boleh membahayakan kandungan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 16 May 2020

‘Laut terbelah’ tarikan terbaharu Langkawi dan ia hanya berlaku pada bulan ini sahaja

Rasai berjalan kaki sejauh 600 meter di atas beting pasir

Featured Sun, 13 Aug 2023
Featured Wed, 31 May 2023
Featured Fri, 5 Feb 2021
Featured Wed, 22 Feb 2023

“Manusia Mudah Rapuh” – Filem Imaginur Beri Impak Mendalam Pada Fatimah Abu Bakar 

Bila cakap soal ibu bapa ni, auto jadi sebak 😭😭😭

Featured Tue, 18 Oct 2022
Eat Travel Fri, 30 Nov 2018

Inilah Sebab Anda Perlu Beli Insurans Pelancongan & Panduan Ketika Membelinya

Jangan sangka ia tak berguna langsung; nanti menyesal.

Featured Wed, 12 Oct 2022

[VIDEO] Sering Dipersoal Mengenai Status Agama, Kevin Zahri Dedah Dia Kini…

Kevin dengan tenang dedahkan status agamanya yang sering dipersoalkan oleh orang ramai