Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir November 20, 2023 @ 5:13pm

[VIDEO] Didakwa Suara Sumbang, Sharifah Zarina Dikecam Teruk Oleh Netizen Nyanyi Lagu Dawai Secara ‘Live’ – “Terus Pergi Langit Ketujuh”

Penyanyi Sharifah Zarina menerima kecaman hebat daripada netizen gara-gara menyanyikan lagu popular dari Indonesia yang berjudul Dawai secara langsung untuk sebuah program televisyen, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok @nourelein_, kedengaran suara Zarina yang menggeletar semasa menyanyikan bahagian lagu yang bernada tinggi itu.

@nourelein_ Sound rtm pn salah satu punca kot dawai ni terputus 🥹 #fyp #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #inibarubintang #rtm ♬ original sound – nurulainhanas

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam cara nyanyian Zarina yang didakwa sumbang.

“Terus pergi langit ketujuh.

“Ada flat, ada sharp, entahlah. Tak bersedia kot tapi nak juga perform.

“Mula-mula dengar macam serius la lagu Dawai, bila nak chorus fikir kenapa nyanyi macam ni. Aduh sis jadi baran weh,” komen netizen.

Malah, ada yang berpendapat suara Zarina tidak sesuai untuk membawakan lagu bernada tinggi itu.

“Kenapa la tak nak pilih lagu yang sesuai dengan suara dia. Tak payah la nak bawa lagu viral.

“Lagu ni terlalu heavy untuk dia kot.

“Saya rasa dia tak really familiar lagu dengan lagu ni walaupun trending. That’s why,” kata netizen.

Sekadar info, lagu Dawai yang menjadi OST untuk filem Air Mata Di Ujung Sejadah ini mendapat sambutan hangat di negara ini dan turut dinyanyikan semula oleh penyanyi-penyanyi tempatan antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Mila Jirin dan Vanessa Reynauld.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 27 Jul 2022

“Kesian Dia… Kalau Perlukan Khidmat Peguam Bagi Tau” – Puteri Sarah Kongsi Detik Pertama Bertemu Rossa Sera

Wanita-wanita kuat bergabung! Sweet je Sarah bagi kata-kata semangat pada Sera

Featured Sun, 12 Feb 2023
Featured Sat, 18 Feb 2023
Hiburan Fri, 11 Jul 2025

Juicy Luicy Gegarkan Ruang Inspirasi Festival 2025 di Mega Star Arena KL

Ruang Inspirasi Festival 2025 bakal berlangsung pada 17 Ogos ini.

Trending Sat, 21 Dec 2019
Featured Thu, 19 Oct 2023
Featured Thu, 24 Nov 2022
Featured Thu, 22 Apr 2021

Janna Nick Dedah Hidap Penyakit Bipolar, Pernah Cuba B*nuh Diri

Pelakon dan pengacara Melodi, Janna Nick mendedahkan beliau mengalami ‘bipolar disorder’ yang merupakan sejenis penyakit gangguan mental melibatkan perubahan “mood” atau perasaan secara melampau sehingga menjejaskan aktiviti seharian. Menurut Janna yang mendedahkan perkara terbabit di […]

Trending Thu, 11 Jun 2020
error: Content is protected !!