[VIDEO] Dr Amalina & Suami Bersanding Bertiga Buat Netizen Geram- “Cooperative Betul Anak Dia…”

Tular sebuah video apabila pakar bedah terkenal, Dr Amalina Bakri dan pasangannya mengadakan majlis resepsi di ibu negara semalam.

Video tersebut telah dikongsi oleh seorang pengguna di laman media sosial Twitter.

Menerusi video tersebut, Dr Amalina dan suaminya, Alexander Charles mengenakan sepasang pakaian pengantin yang bertemakan songket berwarna ungu.

Namun apa yang lebih menjadi tumpuan adalah apabila suaminya memegang anak sulung mereka iaitu Arabella Mia ketika ingin berarak ke arah pelamin.

Aksi anak mereka yang hanya diam ketika sedang berarak membuatkan netizen geram dan rata-rata memuji kerana mampu memberikan kerjasama untuk menjayakan majlis ibu dan bapaknya sendiri.

“Anak dia senyap je. Cooperative

“Okay macam ni nanti takde lah anak dia marah kenapa parents tak jemput

“Cute rupanya mat saleh pun dukung baby kena goyang-goyang camtu juga. Aku ingat aku je,” ciap netizen.

Untuk rekod, Dr Amalina dan Alex telah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2021 di Masjid Central London.

Izzi Farhana