[VIDEO] “Dua-Dua Diva, Nyanyi Pun Power!” – Duet Lagu  Sekali Seumur Hidup, Nyanyian Siti Nurhaliza & Lesti Kejora Curi Tumpuan

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan selepas berkongsi nyanyian duetnya bersama artis popular Indonesia, Lesti Kejora menerusi video di TikTok miliknya pada Selasa.

Menerusi sesi live tersebut, Siti atau lebih mesra dengan panggilan TokTi sempat menunaikan permintaan peminatnya untuk berduet bersama Lesti menerusi lagu Sekali Seumur Hidup.

“Bertemu penyanyi @lestykejora dan kami sempat menunaikan permintaan fans untuk berduet lagu Sekali Seumur Hidup.

“Video ini khusus untuk para peminat lagu Sekali Seumur Hidup…syukur dapat bertemu @lestykejora hari ini , ngobrol, makan-makan sambil kita bernyanyi lagu ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi dua minit itu telahpun meraih lebih 1 juta tontonan sejak ia dimuat naik.

@toktitiktok Bertemu penyanyi @lestykejora dan kami sempat menunaikan permintaan fans untuk berduet lagu Sekali Seumur Hidup. Video ini khusus untuk para peminat lagu Sekali Seumur Hidup…syukur dapat bertemu @lestykejora hari ini , ngobrol2, makan2 sambil kita bernyanyi lagu ini #sitinurhaliza #lestykejora @Lesti Kejora ♬ Sekali Seumur Hidup – Lesti

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dari Malaysia mahupun Indonesia memuji nyanyian kedua-dua penyanyi hebat ini sekaligus berharap akan ada kolaborasi diantara kedua-duanya kelak.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan selepas berkongsi nyanyian duetnya bersama artis popular Indonesia, Lesti Kejora menerusi video di TikTok miliknya pada Selasa.

Menerusi sesi live tersebut, Siti atau lebih mesra dengan panggilan TokTi sempat menunaikan permintaan peminatnya untuk berduet bersama Lesti menerusi lagu Sekali Seumur Hidup.

“Bertemu penyanyi @lestykejora dan kami sempat menunaikan permintaan fans untuk berduet lagu Sekali Seumur Hidup.

“Video ini khusus untuk para peminat lagu Sekali Seumur Hidup…syukur dapat bertemu @lestykejora hari ini , ngobrol, makan-makan sambil kita bernyanyi lagu ini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi dua minit itu telahpun meraih lebih 1 juta tontonan sejak ia dimuat naik.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dari Malaysia mahupun Indonesia memuji nyanyian kedua-dua penyanyi hebat ini sekaligus berharap akan ada kolaborasi diantara kedua-duanya kelak.

Salma Syahbuddin