“Rambut Nak Kahwin Katanya” – Hattan ‘Kantoikan’ Shuib Bakal Kahwin Tidak Lama Lagi?

Penyanyi Datuk Hattan seakan-akan memberi bayangan bahawa pelawak dan usahawan, Shuib bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian Shuib di Instagram Story, dia menyapa Hattan dan isteri yang berada di dalam kereta.

“Wah saya punya lama tak jumpa, semoga keluarga bahagia dunia akhirat,” kata Shuib.

Di dalam video tersebut, Hattan turut memuji potongan rambut baru Shuib dan mengusiknya tentang wanita yang sedang dia rapat iaitu Watie.

“Rambut style ni. Ini yang buat Watie tak sabar-sabar ni. Rambut nak kahwin katanya,” usik Hattan.

“Aduh dia cakap apa ni,” ujar Shuib tersipu malu.

Pada masa sama, pelantun lagu Gadis Jolobu mengingatkan Shuib supaya menjemputnya ke majlis perkahwinannya nanti.

“Kau jangan lupa ajak aku ke Johor aku turun, Ib,” kata Hattan.

“Ye Tok,” balas Shuib.

Kemudian, Hattan bertanyakan bila akan berlangsungnya perkahwinan tersebut, namun video tersebut terhenti di situ sahaja.

Maya Basir