Featured By: Halimey Zamal November 3, 2022 @ 7:50pm

[VIDEO] Edar Makanan Kepada Gelandangan, Kerja Amal Iman Troye Dipuji Warganet.

Penyanyi Iman Troye melakukan kerja amal mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan di ibu kota.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram milik Iman, wargamaya memuji tindakan pelantun lagu Harum Sundal Malam itu yang meluangkan masa membantu golongan memerlukan biarpun sibuk dengan kerjaya.

Penyanyi lagu Teman itu turut menzahirkan rasa syukur dan akan melakukan kerja-kerja amal dengan lebih kerap lagi selepas ini.

“Alhamdulillah, syukur. Insya-Allah Iman dan team akan cuba kerapkan lagi aktiviti CSR. Korang boleh tolong komen bagi idea dekat Iman siapa dan di mana lagi yang memerlukan?” jelasnya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran tersebut, Iman turut menerima permintaan golongan gelandangan di situ untuk menyanyikan sebuah lagu.

“Akak nak lagu apa?” ucap Iman.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap gadis itu yang sentiasa merendah diri tanpa memikirkan statusnya yang bergelar seorang selebriti.

Peminat turut mendoakan agar Iman sentiasa dimurahkan rezeki dan berada di bawah jagaan Yang Maha Esa.

“Alhamdulillah. Iman berkongsi rezeki, semoga dimurahkan rezeki Iman,” tulis salah seorang peminat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 12 Oct 2018

Anak Tiba-Tiba Muntah, Ini Cara Untuk Hadapinya

Apabila anak muntah, dia akan kehilangan banyak cecair dalam badan!

Trending Mon, 27 Jun 2022

[VIDEO] β€œAku Simpan Lama…” – PA Mak Wan Latah Dedah Rahsia Amalan Bertentangan Ajaran Islam

Pelakon veteran, Mak Wan didakwa oleh pembantu peribadinya mengamalkan amalan yang bertentangan dengan agama.

Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Featured Mon, 3 May 2021

Pemohon Vaksin AstraZaneca Bakal Dapat Kemaskini Janji Temu Hari Ini

Pemohon vaksin AstraZeneca yang telah mendaftar bakal mendapat notifikasi melalui aplikasi MySejahtera hari ini berhubung kemas kini janji temu bagi tarikh pemberian vaksin masing-masing. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin,kemas kini tersebut […]

Featured Sun, 28 Aug 2022

Bimbang Penonton Bosan, Anna Jobling Sedia Bergerak Solo Tanpa Meerqeen

Anna Jobling ingin digandingkan bersama orang lain?

Trending Mon, 22 Jun 2020