Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 29, 2022 @ 4:49pm

[VIDEO] Fizz Fairuz Jaga Almy Nadia Berpantang Cuit Hati Netizen – “Suami Contoh, Siap Ada Nama Dekat Baju Scrub”

Pelakon versatil Datuk Fizz Fairuz menjadi bualan hangat netizen selepas tular sebuah video menjaga isterinya, Datin Almy Nadia dalam berpantang selepas selesai menjalani pembedahan baru-baru ini.

Apa yang menarik perhatian ialah pakaian Fizz seperti seorang jururawat dengan baju ‘scrub’ berserta namanya di belah kanan.

Video berdurasi lebih 2 minit itu memaparkan Fizz membawa ubat untuk diberikan kepada Almy.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan bahagia ini serta memuji Fizz kerana tidak jemu membahagiakan isteri tercinta.

Malah, ada juga dalam kalangan mereka yang menjadikan Fizz sebagai seorang suami yang dianggap sangat ‘limited edition’ dan setia, serta wajar dicontohi oleh setiap lelaki.

Sementara itu, netizen turut memberi pesanan kepada Almy untuk tidak terlalu suka dan kuat gelak kerana bimbang ikatan jahit pembedahan akan terbuka.

Sebelum ini, Fizz memaklumkan isterinya menjalani pembedahan membuang ketulan Cyst dan disahkan hamil di luar rahim.

Artikel Berkaitan: Jalani Pembedahan Akibat Hamil Luar Rahim, Almy Nadia Kini Stabil

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 12 Jul 2019

‘Happy Birthday’-Kejutan Agong Buat Tun M, Isteri Di Istana Negara

Selamat Hari Jadi, Tun Mahathir & Tun Siti Hasmah. Semoga terus sihat, Amin!

Hiburan Fri, 26 Jan 2018

Tahniah Yuna, Adam Sinclair Sah Bergelar Suami Isteri

Yuna dan juga pilihan hati, Adam Sinclair telah selamat bernikah. Perkara tersebut dikongsikan oleh Tengku Bakar di Instagram miliknya. Selain gambar pernikahan, Tengku Bakar turut berkongsikan beberapa keping gambar sebelum majlis tersebut berlangsung. Sementara itu menurut laporan […]

Trending Mon, 30 Jul 2018

Peminat Sukan Hiking, Iesmawadi Temui Ajal Sejurus Tawan Gunung Rinjani

Siti Nur Iesmawida Ismail, 30, temui ajal selepas beberapa jam menawan puncak Gunung Rinjani.

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

Sebar Energi Positif Ke 150 Juta Pengikut, Usaha Ariana Grande Dipuji!

Ariana mengingatkan pengikutnya bahawa hidup lebih indah jika anda mengizinkan dan menggunakan energimu dengan tepat,

Trending Fri, 4 Sep 2020
Hiburan Fri, 27 Jul 2018

Zahirah MacWilson Tak Tolak Jodoh Sesama Artis

Ditanya kehidupannya sejak bergelar solo, kata Zahirah dia kini lebih happy!

Featured Fri, 14 Oct 2022
error: Content is protected !!