Featured By: Salma Syahbuddin May 17, 2023 @ 5:13pm

[VIDEO] Gelagat Syatilla Melvin Sorong Anak Di Meja Makan & Panggil Nama Penuh Ibu Mentua Buat Ramai Berdekah!

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin sekali lagi mencuri perhatian selepas videonya di muat naik semula oleh pengikutnya di laman sosial TikTok baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di platform berkenaan, Syatilla bersama adik-beradiknya yang lain baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran anak bongsunya, Salama Samheizy pada 9 Mei lalu.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah, tindakan Syatilla menyorong anaknya diatas meja makan ketika sedang bersiaran langsung di TikTok sebelum mempromosikan produk keluarannya ternyata membuatkan peminatnya terhibur melihat aksi spontan aktres itu.

“Hampa tengok sampai habis… Tilla longsoq anak dia lagu tu ja,” tulis peminatnya pada ruangan kapsyen berkenaan.

Tidak habis disitu, menerusi video berdurasi 16 saat tersebut, Syatilla sempat berseloroh dengan menyebut nama penuh ibu mentuanya memandangkan raut wajah anaknya itu menyerupai  neneknya.

“Ambil sat Khaty Fauziah ni,” katanya.

@mamanaktiga Hampa tgk sampai hbs..tilla longsoq anak dia lagutu ja…🤣🤣🤣🤣@SyatillaMelvin @Kekasih Kaklong @Syifa Melvin @Syida Melvin #fypシ #syatillamelvin #syidamelvin #syifamelvin #syafiqamelvin #adikberadikthemelvin ♬ original sound – Hanahuss

 

Terhibur dengan gelagat adik-beradik Syatilla, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respons daripada peminatnya di ruangan komen.

Malah, ada yang bersetuju dengan aktres itu apabila memaklumkan rupa Salama menyerupai ibu mentuanya.

“Anak dia yang lelaki je ikut muka dia. Yang perempuan semua ikut muka bapa dia dan yang bongsunya ni memang ikut muka mak mentua dia.

“Berani eh sebut nama mak mentua macam tu je.

“Kalau kita dah kena cop menantu hantu.

“Dia petik nama mak mentua seketoi, tersedak mak mentua hang Tilla.

“Tak nampak Salama, nampak muka nenek dia, Khaty Fauziah,” komen netizen.

@samtilla82 Aku ingat dia nak qheyau, rupanya kena sampok🤣 #9mayıs ♬ Funny Song – Cavendish Music

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Oct 2018

Tupac is Alive and in Malaysia???

A video footage of Tupac in Malaysia is going viral right now.

Featured Tue, 8 Jan 2019
Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Netizen Samakan Ketiak Sharifah Sakinah Dengan Kuih Akok?

Terbukti, nak cantik itu bukanlah mudah seperti A,B, C ya. You Go Girl!

Trending Sun, 11 Apr 2021

Tamat Zaman Anak Dara Pada Usia 48 Tahun Dengan Lelaki British, Haliza Misbun Dapat Hantaran Sebuah Rumah

Aktres popular 1990-an, Haliza Misbun, 48, selamat bergelar isteri kepada duda anak satu yang juga lelaki warga British, Matthew John Rodgers, 48, dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Ar Rahah, Kerinchi, Kuala […]

Trending Tue, 27 Nov 2018

Melamar Di Stadium BUKAN Gimik, Lelaki Gentleman Ini Dedah Cerita Sebenar

Mula-mula saya pun takut nak melamar di stadium maklum saja bimbang penerimaan penonton…

Hiburan Tue, 10 Jul 2018

Single Harapan Jadi Nyata, Hadiah Aizat Amdan Buat Tun Mahathir Mohamad!

Alhamdulillah… lagu ini sudah 7 tahun dipendam, akhirnya berjaya direalisasikan. Sejujurnya, bapa saya amat kagum dengan perjuangan Tun M.