Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi July 15, 2022 @ 6:52pm

[VIDEO] “Hijrah & Pengorbanan Kecil Saya…” – Penjelasan Ustazah Asma’ Buka Mata Rico Rinaldi, Kurangkan Reka Baju Seksi 

Umum sedia maklum, pereka fesyen terkenal, Rico Rinaldi tidak asing lagi dan sering menjadi tumpuan ramai atas kreativitinya dalam menghasilkan busana yang unik serta gah untuk wanita mahupun lelaki.

Namun begitu, Rico yang kini sedang menunaikan ibadah Haji mendedahkan dia bakal berhijrah dan melakukan satu pengorbanan kecil dalam kerjayanya ini iaitu dalam mengurangkan penghasilan busana seksi.

Ia susulan selepas pencerahan daripada penceramah terkenal, Ustazah Asma’ Harun yang mengulas soalan dituju oleh Rico mengenai adakah dia tergolong dalam ‘Syubhah’ dan dikira bersubahat dalam menghasilkan pakaian-pakaian seksi.

 

“Rico bertanya bagaimana sumber pendapatan yang bercampur-campur dengan sesuatu yang syubhah.

“Tetapi sebenarnya sedikit sebanyak tidak boleh dielakkan perkataan Rico ada menjayakan rekaan seperti itu untuk dipakai dan digayakan,” jelas Ustazah Asma menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Rico di Instagram miliknya.

Lantaran itu, penjelasan Ustazah Asma’ itu seakan telah menyedarkan Rico untuk berusaha mengubah rekaan busana khususnya pada golongan wanita.

Mengulas lebih lanjut, Rico berkata dia tidak dapat mengambil tempahan pakaian yang tidak mempunyai full lining, dipercayai mahu mengelak aurat wanita terus terdedah.

“Insya-Allah saya cuba perbaiki. Terima Kasih @ustazahasmaharun atas pencerahan yang terbuku selama ini.

“Saya perlukan doa dan dorongan semua customer saya. Untuk pengetahuan saya tak dapat nak buat (tempahan) baju yang tidak ada full lining.

 

“Insya-Allah pelan-pelan ya. Tapi tiada diskriminasi untuk mereka yang tidak berhijab, Insya-Allah ini hijrah dan pengorbanan kecil saya,” luahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rico Rinaldi (@thericorinaldi)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 12 Nov 2023

“Saya Masih Terbayang Si Pelaku…” – Nellisa Nizam Dedah Pernah Diraba Kru Produksi

“Saya tak mahu orang lain terkena perkara sama seperti saya” – Nellisa

Featured Wed, 20 Jul 2022

[VIDEO] Angkat Isu ‘Body Shaming’ Dalam Karya Terbaharu, Zara Zya Harap Dapat Suntik Semangat Wanita ‘Plus Size’

Malam ni episod 2 gais! Tak sah kalau tak kering gusi tonton drama ni. Comel Zara Zya jadi chubby hehe

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Izzmad Harun Tak Kecil Hati Cuma…

Kata Izzmad ‘Saya banyak tolak job sebelum ini demi ‘Bisa Pertama’.

Trending Thu, 28 Apr 2022
Trending Tue, 26 Jun 2018

Bazar Perayaan Di Dua Lokasi Ini Bakal Tinggal Kenangan

Terdapat banyak aduan dan ia amat sukar diurus. Sebelum ini, tapak bazar telah diberikan kepada persatuan pedagang tetapi terdapat aduan salah urus dan banyak yang disewa untuk mendapatkan keuntungan besar berbanding untuk peniaga miskin.

Trending Mon, 25 Mar 2019
error: Content is protected !!