[VIDEO] Ini Rancangan TV Terakhir Abam Sebelum ‘Pergi’, Confirm Bikin Ramai Netizen Sebak!

Kehilangan Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali dengan panggilan Abam ini ternyata masih memberi impak buat sebilangan besar peminat mahupun orang sekeliling beliau.

Namun, sehingga ke harini masih ramai lagi peminat mahupun netizen yang masih tidak boleh move on dengan pemergian Allahyarham bukan kerana lawak jenakanya sahaja, tetapi segala kebaikan yang ditinggalkan oleh insan ini.

Sumber : Google

Program tv terakhir Allahyarham Abam

Sumber : Youtube

 Justeru itu, pihak TV3 dengan kebenaran keluarga Allahyarham diberi kesempatan untuk menyiarkan program yang diterajui oleh Abam dan isteri iaitu program Masak Apa Tu?   

Masak Apa Tu? merupakan rancangan memasak di kalangan selebriti tempatan di mana, penonton boleh mengenali selebriti tersebut dengan lebih dekat lagi kerana, dalam rancangan ini selebriti terpilih  akan memasak hidangan akhir yang pernah dimasak bersama ahli keluarga mereka. 

Untuk episod pertama Masak Apa Tu? TV3 menyiarkan episod yang telah dirakamkan bersama Allahyarham Abam dan telah disiarkan pada 2 Mac lalu.

Dan sehingga kini program tersebut telahpun meraih 130,358 juta tontonan menerusi Youtube TV3 Malaysia.

Netizen tak sedar air mata mengalir

Rata-rata peminat dan pengikut Allahyarham Abam memberikan respon yang sama apabila ramai diantara mereka berasa sedih dengan cara layanan dan tutur kata Abam terhadap isterinya dalam program tersebut.

Malah, ada juga yang turut bersimpati terhadap isteri Allahyarham yang kehilangan suami secara mengejut.

Sumber : Youtube

So, bagi korang yang ketinggalan menyaksikan program tersebut, korang bolehlah layari Youtube TV3 Malaysia dan tonton.

 

Salma Syahbuddin