Sejak akhir-akhir ini kita telah dikejutkan dengan berita kematian rakan artis dalam usia yang masih muda. Namun, apa yang paling memberikan kesan buat orang sekeliling mereka tidak kiralah keluarga ataupun peminat adalah, kebaikan yang ditinggalkan oleh mereka ini untuk kita semua.
Namun, bagi peminat dan pengikut berita hiburan pastinya kehilangan Allahyarham Ashraf Sinclair mendapat liputan hangat di dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Dan, kehilangan insan seni ini begitu dirasai dek keakraban dan cintanya kepada sang isteri, Bunga Citra Lestari dan anak lelakinya, Noah Aidan Sinclair.
Nampaknya, baru-baru ini penyanyi kesayangan ramai Misha Omar turut memuat naik lagu Cinta Sejati nyanyian beliau menerusi laman instagram miliknya dan setakat ini video tersebut telahpun di tonton sebanyak 149,804 kali.
Bukan itu sahaja, rata-rata rakan artis dan followers beliau memberikan respon positif terhadap nyanyian Kak Mitch sehingga ada yang mengalirkan air mata saat mendengarkan lagu tersebut.
Ruhainies harap semua pihak dapat move on. Tak mahu panjangkan isu.
Save the date!
Mungkin ini yang terbaik untuk Syasya 🫶🏼
Innalilahiwainnailaihirajiun
Tak sabarnya nak tengok nanti! Jom sertai
Fuh ramai yang restu ni!! Sabar okay semua