Hiburan By: Salma Syahbuddin March 4, 2020 @ 9:00am

[VIDEO] Merinding! Misha Omar Nyanyi Lagu BCL Cinta Sejati?

Sejak akhir-akhir ini kita telah dikejutkan dengan berita kematian rakan artis dalam usia yang masih muda. Namun, apa yang paling memberikan kesan buat orang sekeliling mereka tidak kiralah keluarga ataupun peminat adalah, kebaikan yang ditinggalkan oleh mereka ini untuk kita semua.

Namun, bagi peminat dan pengikut berita hiburan pastinya kehilangan Allahyarham Ashraf Sinclair mendapat liputan hangat di dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Dan, kehilangan insan seni ini begitu dirasai dek keakraban dan cintanya kepada sang isteri, Bunga Citra Lestari dan anak lelakinya, Noah Aidan Sinclair.

 
 
 
View this post on Instagram

Im on the way, back to you. #home #family #ashrafsinclair

A post shared by Ashraf Sinclair Official (@ashrafsinclair) on

Malah, ada yang menyifatkan lagu Cinta Sejati iaitu lagu runut bunyi bagi filem Habibie Dan Ainun ini begitu tepat sekali bagi menggambarkan perasaan Bunga terhadap Allahyarham suaminya.
 
Ada juga peminat di dua buah negara ini mengakui masih belum move on dengan kisah BCL dan suaminya sehingga ada yang turut mengalirkan air mata saat lagu ini dinyanyikan ataupun dimainkan di corong radio.

Misha Omar pun sebak tau

Sumber : Instagram @mishaomar

Nampaknya, baru-baru ini penyanyi kesayangan ramai Misha Omar turut memuat naik lagu Cinta Sejati nyanyian beliau menerusi laman instagram miliknya dan setakat ini video tersebut telahpun di tonton sebanyak 149,804 kali.

 

Bukan itu sahaja, rata-rata rakan artis dan followers beliau memberikan respon positif terhadap nyanyian Kak Mitch sehingga ada yang mengalirkan air mata saat mendengarkan lagu tersebut.

Apapun, kita doakan semoga roh rakan artis yang telah kembali kepada sang pencipta Nya dicucuri rahmat dan tergolong dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.
  

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 Jan 2020
Hiburan Wed, 15 Nov 2017

ADAKAH INI #ROADTOPEKAN FAZURA?

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pasangan Fattah Amin dan Fazura telahpun bernikah di kediaman nenek Faz di Petaling JAYA.

Hiburan Mon, 19 Feb 2024
Hiburan Mon, 6 Jan 2020
Featured Sat, 15 Apr 2023

Lisa Surihani Tak Sangka Iklan Ala Istanbul Aku Datang Versi 2.0 Viral -“Terkejut Juga! Masa Tu Saya Kat Madinah”

Pelakon dan pengacara jelita, Datin Lisa Surihani, 37, bersyukur  dan tidak menyangka iklan produk makanan bersama pelakon Beto Kusyairy yang tular baru-baru ini menerima maklum balas yang positif dalam kalangan peminat. Menurut Lisa, dia terkejut […]

Featured Mon, 28 Aug 2023