Featured By: Aqilah Paharuzi January 27, 2023 @ 6:31pm

[VIDEO] “Jangan Gatal-Gatal…” – Janna Nick Beri Pesanan Di Majlis Ulang Tahun Siti Nurhaliza Raih Perhatian

Pengacara dan penyanyi, Janna Nick mencuri perhatian selepas tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan dirinya berada di majlis sambutan ulang tahun penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi video berkenaan, Janna secara spontan membawa lagunya berjudul Gatal di hadapan ramai tetamu yang hadir.

Apa yang menarik perhatian adalah di akhir persembahannya itu, Janna sempat menitipkan pesanan kepada tetamu Siti Nurhaliza untuk tidak menjadi individu yang ‘miang’.

“Jangan gatal-gatal,” kata Janna.

Pelantun lagu Cindai yang berada di samping Janna itu tersipu malu dan tertawa kecil melihat gelagat Janna yang tidak asing lagi amat dikenali sebagai selebriti ‘masuk air’.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Janna yang mengusik tetamu Siti Nurhaliza.

Sebelum ini, nama Janna menjadi perbualan hangat selepas heboh kontroversi di program Famili Duo yang mendakwa dirinya adalah punca peserta program tersebut, Fyna Jebat bergaduh dengan madunya.

Janna selaku pengacara program Famili Duo tampil menjelaskan perkara sebenar serta menegaskan dia tidak mempunyai sebarang kaitan atas konflik yang terjadi antara Fyna, isteri pertama dan bekas jurulatih, Datuk Zainal Abidin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 31 Dec 2017

SUAMI DISERANG SAKIT JANTUNG – AMYZA AZNAN MOHON DOA

“Semalam hari Jumaat pada jam 5 petang, suami saya kena serangan jantung buat pertama kali dan sekarang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang Puteri. Saya akui, saya lost tanpa dia.  “Terima kasih kepada kawan-kawan

Featured Fri, 2 Dec 2022

“Like Mother, Like Daughter!” – Gelagat Serta Tarian Norreen Iman & Anak Curi Perhatian

Bagi pengguna aplikasi TikTok, pasti ramai yang mengetahui pelakon dan pempengaruh Norreen Iman sering memuat naik video kandungan lucu yang mencuit hati penonton. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik di TikTok yang memaparkan

Featured Wed, 6 Apr 2022

Yasin Sulaiman Cetuskan Isu Perlunya Kajian Terhadap Penggunaan Ganja Dalam Perubatan, KKM Sedia Bantu

Kes Yasin Sulaiman menyedarkan pihak KKM untuk melakukan kajian terhadap penggunaan ganja

Featured Fri, 4 Nov 2022
Hiburan Thu, 13 Jun 2019
Featured Thu, 28 Mar 2019

Kumpulan Nama ingin harumkan Malaysia di pentas Asia’s Got Talent

Ketahui kenapa mereka memilih pakaian ‘zumba’ untuk uji bakat mereka!

Hiburan Thu, 24 Nov 2022
Hiburan Sat, 18 Aug 2018

Hadiah Untuk Seorang Biduan…

Bantuan yang diberikan itu amat melegakan kami sekeluarga kerana perpindahan tersebut dapat mengurangkan banyak kos perbelanjaan sewa yang cukup tinggi untuk kediaman sebelum ini.

Featured Fri, 4 Jan 2019

Suka Simpan Barang Lama Sampai Sesak Rumah? Itu Bererti Anda Sakit!

Tak serabut otak ke tengok rumah macam pusat pelupusan sampah?

| Live TV