Hiburan By: SGMS Faida January 4, 2020 @ 12:00pm

Kahwin Bulan Ini, Sasha Saidin Bakal Ikut Suami Pindah Luar Negara

Selepas lapan tahun bergelar ibu tunggal, akhirnya selebriti jelita Sasha Saidin bakal melepaskan status itu tidak lama lagi apabila mengesahkan bakal berkahwin pada bulan ini. 

Sasha atau nama penuhnya Sasha Mohd Saidin bersyukur dan teruja untuk memulakan hidup baharu bersama jejaka yang dikenali sebagai Mr W itu. 

“Saya bersyukur akhirnya bakal mendirikan rumah tangga dan segala persiapan dipermudahkan. Saya memang sangat teruja.

“Sebenarnya, kebetulan saya dapat tawaran untuk berlakon dalam drama bersiri 20 episod. Bagaimanapun, saya terpaksa tolak kerana selepas bernikah, saya akan mengikut suami yang bekerja di luar negara,” katanya kepada Harian Metro. 

Wanita berusia 43 tahun ini memaklumkan akan berpindah mengikut bakal suaminya yang bekerja di Timur Tengah tetapi tetap meneruskan kerjaya seni di sini jika diperlukan.

“Saya akan berulang-alik pulang ke tanah air bagi memenuhi tawaran kerja di sini selain mencari peluang mengembangkan karier di sana terutama dalam bidang peragaan. Apapun, keluarga akan menjadi keutamaan saya nanti,” katanya.

Menurut Sasha, dia dan bakal suami yang berstatus duda merancang untuk mengadakan majlis pernikahan yang ringkas di ibu kota.

Sasha yang juga anggota kumpulan Elite pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003 namun bercerai empat tahun kemudian.

Pada 2007, dia berkahwin dengan warga Indonesia, Salyo Priyanto tetapi bercerai pada 2012.

Hasil perkahwinan dengan Salyo, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, 10.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Aug 2019

‘Masih Ada’ Bukti Ewal, Akma Abdullah Belum Mengaku Kalah

Ewal & Akma tak bimbang penerimaan peminat!

Hiburan Sun, 26 May 2019
Hiburan Sun, 25 Sep 2022
Featured Mon, 15 May 2023

Salute! Netizen Puji Tindakan Sharnaaz Ahmad Titip Ucapan Penghargaan Buat Ibu & Bekas Isteri

Ni lah namanya teamwork! Sentgiasa menghargai antara satu sama lain😍

Hiburan Tue, 27 Feb 2018

“Saya Tahu Apa Saya Buat” – Neelofa Jawab Isu Kelab Malam

Tindakan Lofa yang katanya ingin mengikut tema itu nyata mengundang kontroversi pelbagai pihak sehingga ada yang melabel beliau sebagai biadap kerana menyentuh sensitiviti masyarakat