Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir April 4, 2023 @ 6:01pm

Ulas Isu Work Life Balance, Netizen Dakwa Janna Nick & Amelia Henderson Merendahkan Pilihan Generasi Muda? – “Kalau First Goal Belum Capai, Jangan Mimpi…”

Pelakon dan pengacara, Amelia Henderson dikritik apabila dikatakan menyokong kata-kata pelakon Janna Nick mengenai isu keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan.

Menerusi perkongsian Janna di podcast Studio Sembang, dia seakan-akan merendahkan pilihan hidup generasi muda untuk mempunyai keseimbangan itu sebelum memiliki rumah dan kenderaan.

“Kalau your first goal in life pun kau belum achieved, you don’t ever think of having work life balance. Unless mak ayah kau kaya atau kau nak kahwin lelaki kaya,” ujar Janna sambil ketawa.

Menerusi ciapan Amelia di Twitter, dia tampil memberi penjelasan bahawa Janna tidak mentertawakan sesiapa, namun aktres Leftenan Zana itu mengimbau kembali kesukaran perjalanan hidupnya untuk sampai ke tahap sekarang.

“Janna tak gelakkan siapa-siapa yang nak achieve work life balance. She’s laughing because only she knows how much work she had to put in to achieve her work life balance.

“When you come from a difficult financial background, sebelum you boleh ada ruang nak fikirkan work life balance, you kena fikirkan dulu how to put food on the table for you and your family. That’s where she’s coming from,” katanya.

Pada masa sama, dia turut menegaskan bahawa kenyataan itu berkisarkan tentang kehidupan Janna dan dia hanya bersetuju dengan pilihan hidupnya tersebut.

“Kita semua ada opinions, ada orang yang tak kejar financial goals in life, that’s totally ok!!! Tapi episode ni pasal Janna, her life and her journey. I setuju dengan apa yang Janna cakap. I think there will be people out there who do as well.

“Take what resonates only, if this view of life is not what you agree with, that’s ok, your opinion is right for you!! This is just a different one, and if it doesn’t suit you, nobody forcing you to agree ok?,” ujarnya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Apr 2025

“Adik, Jom Balik! Lama Dah Awak Duduk Dalam Wad” – Belum Sebulan Dilahirkan, Anak Kedua Ain Edruce Alami Jangkitan RSV

Ain sedih melihat anak kecilnya itu yang dilahirkan tidak sampai sebulan namun perlu menjalani rawatan akibat jangkitan tersebut.

Hiburan Mon, 13 Apr 2026

Azira Shafinaz Pemalu Mulakan Perbualan, Akui Sukar Didekati – “Muda Atau Tua Okay Saja, Suka Lelaki Ada Usaha & Bijak”

Azira berkata dia kini bahagia dengan status bujang dan tidak mahu tergesa-gesa dalam soal perkahwinan.

Hiburan Tue, 11 Feb 2020

‘Ampunkan Kami’- Bawa Drama ‘Politik’ Di Pentas #AJL34 , Drama Band Mohon Maaf

Ada orang kata persembahan Drama Band okay what? Siapa makan cili, dialah rasa pedas!

Hiburan Mon, 2 Apr 2018

Hubungan Mawar Rashid dan Elvina Renggang?

Bagi Mawar Rashid kehilangan kedua ibu bapa tersayang secara serentak dan sekali gus menjadi yatim piatu merupakan dugaan paling berat untuk dipikul. Keadaan itu penyeban hubungannya dengan Elvina semakin renggang.

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Ejen Ali Misi: Optimum Gegar Sunway Pyramid Hingga Ahad Ini!

Jom sertai Ejen Ali Misi: Optimum minggu ni!

Featured Mon, 13 Jun 2022
Featured Sat, 4 Feb 2023
error: Content is protected !!