Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 5, 2024 @ 2:33pm

Norman KRU Gagal Tahan Sebak, Tak Mampu Luah Rasa Sayang Pada Adik-Beradik… Edry  & Yusry Pula Hargai Jasa Satu Sama Lain – “Gaduh Tetap Ada”

Pasangan penyanyi trio adik-beradik, KRU iaitu Norman, Yusry Dan Edry menyentuh hati ramai selepas meluahkan rasa sayang mereka terhadap satu sama lain.

Menerusi video tular di platform TikTok, Norman selaku abang sulung gagal menahan sebak dan menitiskan air mata sehingga tidak mampu untuk mengeluarkan ucapan kepada adik-beradiknya itu.

Manakala Yusry tidak menafikan mereka sering bergaduh apabila bekerjasama dalam muzik, namun suami kepada selebriti, Lisa Surihani ini menghargai kehadiran Norman dan Edry dalam hidupnya.

“Kadang-kadang adik beradik ni bila bekerjasama nampak mesra memang mesra tapi tetap ada gaduh cuma kami tak pernah cakap betapa kami sangat menghargai satu sama lain.

“Selalu kita akan cari yang salah, tapi yang perkara baik mereka lakukan tak pernah cakap. Saya perlukan awak berdua,” katanya.

Sementara itu, Edry pula berkata dia tidak pernah lupa terhadap abang-abangnya meskipun sudah tujuh tahun berhijrah ke luar negara.

“Walaupun dah hijrah nak masuk tujuh tahun, tapi saya tak pernah lupa pasal abang-abang saya kat sini. Tanpa Norman dan Yusry saya tak akan berada di mana saya sekarang, mampu untuk mencari rezeki untuk anak-anak saya. Saya sangat bersyukur,” ujarnya.

@anistaqwa

Rapatnya relationship #KRU ni 💪💪💪💪

♬ original sound – Anistaqwa – Anistaqwa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 30 Jul 2022
Hiburan Thu, 2 Jan 2020
Trending Thu, 11 Feb 2021
Hiburan Thu, 30 May 2019

Curang Dengan Isteri, Cef Fikree Akhirnya Bercerai

Padam ‘the ugly post’…semoga Zuriehan terus tabah hadapi dugaan ini. Doa yang baik-baik!

Hiburan Sat, 27 Jul 2024

Bapa Arwah Zulfarhan Mengaku Pernah Ambil Tindakan Saman Terhadap UPNM

Ya Allah, ibu bapa suspek hati kering betul ek😡😡😡

Trending Sat, 21 Dec 2019
error: Content is protected !!