Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Aqilah Paharuzi January 19, 2025 @ 1:40pm

Insiden Puk*l Lelaki OKU Pasar Tani, Anak Mangsa Tampil Luah Perasaan – “Rehatlah Abah, Dunia Terlalu Kejam Untukmu”

“Dunia terlalu kejam untukmu abah,” demikian luahan hati anak perempuan kepada mangsa pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di Pasar Tani Chukai, Terenggangu pada Jumaat lalu.

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, anak perempuan mangsa yang mahu dikenali sebagai Hana itu memuat naik video bapanya sedang dirawat di sebuah hospital Terngganu selepas kejadian menyayat hati itu.

“Rehat lah abah, dunia terlalu kejam untukmu,” tulisnya di kapsyen.

@nrulfrhana._

Rehat la abh dunia terlalu kejam untuk mu 💔

♬ suara asli – Arta mode mj – Arta mode mj

Berdasarkan hantaran lain, Hana mengucapkan terima kasih kepada segelintir pihak yang mahu membantu mereka sekeluarga atas insiden tersebut.

“Terima kasih kepada siapa yang mendoakan kesihatan ayah saya dan ingin menolong keluarga kami. Ayah sedang menerima rawatan di hospital Terengganu,” tulisnya.

@nrulfrhana._

♬ original sound – Ros Aishah – Ros Aishah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan pesanan kepada Hana sekeluarga untuk terus kuat menghadapi ujian ini.

Ramai juga dalam kalangan mereka yang berharap agar Hana dan keluarga tidak menarik balik laporan terhadap mereka yang terbabit memukul bapanya itu.

Memetik laporan Sinar Harian, Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhammad Wan Ja’afar, berkata tiga lelaki lelaki berusia antara 18 hingga 60 tahun telah ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman sekitar jam 8 malam semalam.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa polis menerima laporan mengenai insiden seorang lelaki dipukul di hadapan orang ramai di pasar tersebut sekitar jam 9.30 pagi.

Menurut pihak polis, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku apabila mangsa, yang menunggang motosikal, memasuki tapak jualan pasar tani dan terlanggar sebuah gerai jualan, menyebabkan barangan di gerai tersebut jatuh.

Insiden mangsa dipukul mendapat perhatian ramai selepas rakaman video berdurasi 1 minit 52 saat mengenai kejadian itu tular di media sosial sejak pagi Jumaat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Oct 2022
Hiburan Sun, 19 Jan 2025

“Video Tak Berhijab Rakaman Lama, Nabil Tak Sengaja Kongsi” – Zira Ayub

Isteri Nabil Ahmad, Zira Ayub menafikan tuduhan dirinya tidak lagi berhijab ketika berada di luar negara.

Featured Wed, 7 Apr 2021

Adakan Konsert, Akim Ahmad Jadi Vokalis Kumpulan Search?

Kumpulan rock legenda, Search, bakal mengadakan konsert Rockology Malaysian Tour 2021 yang bakal berlangsung pada 10 April ini, jam 9 malam di Waronk Avenue, Melaka. Menariknya, persembahan itu menampilkan kolaborasi Search yang diwakili oleh Din […]

Trending Thu, 14 Jan 2021

PKP Bakal Dilanjutkan?

janganlah…

Hiburan Thu, 23 Jun 2022
Trending Thu, 26 Oct 2023
Featured Mon, 27 Oct 2025

“Saat Kita Broken, Penat & Burnout Ramai Akan Cari Manusia Untuk Meluah… Tapi Sangat Sikit Orang Yang Cari Tempat Untuk Bersujud”- Neelofa

Demikian perkongsian selebriti popular, Noor Neelofa mengenai bagaimana menghidupkan hubungan dengan Allah melalui doa.

Hiburan Sat, 26 Apr 2025

Akui Dah Tuntut Fasakh, Nur Nilam Dakwa Azlan Komeng Sulitkan Proses Cerai

Nur Nilam dakwa Azlan Komeng sulitkan proses cerai, enggan lepaskan isteri

error: Content is protected !!