Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 23, 2025 @ 10:26am

“Adik, Jom Balik! Lama Dah Awak Duduk Dalam Wad” – Belum Sebulan Dilahirkan, Anak Kedua Ain Edruce Alami Jangkitan RSV

Anak kedua pelakon dan pengacara, Ain Edruce dilaporkan mengalami masalah jangkitan Respiratory Syncytical Virus (RSV) dan kini masih menjalani rawatan di sebuah hospital.

Kata Ain, dia sedih melihat anak kecilnya itu yang dilahirkan tidak sampai sebulan namun perlu menjalani rawatan akibat jangkitan tersebut.

Selain itu, Ain juga memohon agar semua pengikutnya mendoakan kesihatan anak-anaknya.

“Adik, lama dah duduk dalam wad tu, jom balik. Kesian kakak soraya rindu awak.

“Sedih mummy haritu tengok tangan kena cucuk jarum semua. Belum sebulan lagi awak lahir baru berapa hari, dah masuk wad balik.

“Alhamdulillah adik dah sihat tapi belum fully recover sebab dia baby kan? Doakan adik Soraya sihat cepat macam kakak dia okay guys.
RSV ni jahat,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Terdahulu, pada 28 Mac lalu, pengacara Melodi ini selamat melahirkan anak keduanya di sebuah hospital swasta.

Bagaimanapun, bayi lelaki seberat 3.1 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan kecemasan atas nasihat doktor.

Sekadar info, Ain mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Amirul Hafiz pada 2019.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan sepasanga cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Sep 2018

Walaupun Menderita Sakit, Hafiz Suip Terus Bangkit Demi Mentor 7

Rindu pula nak dengar suara Hafiz nyanyi kan?

Trending Sat, 13 Apr 2019

Baru Berusia 12 Tahun, Remaja Pintar Sekolah King’s Edward Terbit Buku Sendiri

Baru berusia 12 tahun dah ada buku sendiri! Tahniah Omar Mukhtar!

Hiburan Wed, 9 Jul 2025

“Ingatkan Sekadar Datang Melawat, Rupanya Bawa Rezeki” – Dharma Harun Al-Rashid Terharu A. Aida Hulur Tawaran Berlakon

Alhamdulillah, terima kasih A Aida buka ruang rezeki untuk Dharma Harun Al-Rashid.

Hiburan Wed, 21 Aug 2024
Featured Thu, 20 Apr 2023
Hiburan Thu, 21 Oct 2021

Malique Cipta Lagu Untuk Ara Johari & Lil J

Buat julung-julung kalinya, lagenda rap serta komposer dan penerbit muzik tersohor tanah air, Malique atau terkenal dengan jolokan Mr. General menghasilkan sebuah karya hip hop istimewa buat dua artis muda iaitu Lil J dan Ara […]

Hiburan Tue, 11 Jul 2023
error: Content is protected !!