Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 21, 2021 @ 8:38pm

Malique Cipta Lagu Untuk Ara Johari & Lil J

Buat julung-julung kalinya, lagenda rap serta komposer dan penerbit muzik tersohor tanah air, Malique atau terkenal dengan jolokan Mr. General menghasilkan sebuah karya hip hop istimewa buat dua artis muda iaitu Lil J dan Ara Johari berjudul Keliru.

Single yang dicipta oleh Malique, Siqma dan Muhaimin ini diterbitkan bersama oleh Rocketfuel Records.

“Sebuah penghormatan yang amat besar buat saya serta Ara kerana sebagai anak seni pelapis negara, kami diberikan peluang menyanyikan sebuah karya hebat ciptaan Mr. General sendiri.

“Beliau yang sememangnya terkenal dengan sifat eksklusif seperti yang semua sedia maklum seakan mengerti apa yang saya rasa dan berjaya menterjemahkannya ke dalam sebuah lagu yang menceritakan tentang kekeliruan saya,” kata Lil J.

Seperti karya-karya terdahulu Malique yang rata-ratanya mempunyai maksud yang mendalam, Keliru juga mempunyai maksud yang tersendiri yang boleh diselami oleh jiwa-jiwa yang tercari-cari jawapan selama ini.

Single yang bernuansa hip hop dengan selingan ritma ala rock perlahan oleh Ara menambah perisa eksklusif terhadap Keliru dan proses rakamannya disempurnakan di Studio Qarma.

“Saya sangat teruja apabila diberitahu tentang projek ini. Rugi rasanya kalau saya tak rebut peluang untuk bekerjasama dengan komposer disegani seperti Mr. General. Terharu berbaur bangga kerana artis muda seperti saya diberi penghargaan sebesar ini,” kata Ara.

Lagu Keliru boleh dinikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer, manakala muzik video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di YouTube RocketFuel Network.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Jan 2024
Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Events Sun, 7 Oct 2018

It’s Breast Cancer Awareness Month! Do You Know How to Check Your Breasts?

Early detection is vital in prevention breast cancer.

Featured Mon, 27 Jun 2022
Featured Fri, 14 Nov 2025

Aisha Retno Mendonia! Duet Bersama Ariana Grande & Cynthia Erivo… Siap Hadiahkan Kain Batik Sebagai ‘Souvenir’

Penyanyi berbakat, Aisha Retno menyorot perhatian ramai selepas berkongsi sepotong video pendek menerusi Instagram miliknya.

Hiburan Tue, 2 Jan 2024
Featured Wed, 12 Feb 2025

Buka Aib & Berci*m Didepan Khalayak, Netizen Dakwa Zarina Anjoulie Mabuk?

Tindakan Anju bertindak kurang sopan di media sosial mengejutkan ramai pihak.

error: Content is protected !!