Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 17, 2023 @ 2:00pm

Lalui Pengalaman Yang Berbeza, Neelofa Kongsi Tips Pergi Umrah Bawa Anak

Selebriti Neelofa tampil berkongsi tips menunaikan umrah bersama si kecil selepas dihujani pelbagai pertanyaan sepanjang menjalani umrah tersebut, beberapa minggu lalu.

Menurut Neelofa, dia melalui pengalaman berbeza ketika menunaikan umrah bulan lalu apabila membawa bersama putera sulungnya, Muhammad Bilal Muhammad Haris yang genap usia setahun, mengerjakan ibadah itu.

Malah, dirinya perlu menumpukan perhatian kepada banyak perkara terutamanya keperluan anak selain memastikan rukun umrah terjaga serta merancang perjalanan dan aktiviti sepanjang berada di Tanah Suci dengan terperinci.

“Ramai pengikut hantar mesej langsung bertanya mengenai bagaimana hendak membawa anak menunaikan umrah.

“Banyak perkara yang kena disediakan iaitu daripada segi ubat-ubatan dan makanan selain persediaan menghadapi peralihan waktu tidur dan sebagainya.

“Pengalaman mengerjakan umrah kali ini berbeza. Dahulu, kita boleh fokus dengan ibadat, kali ini, perlu beri tumpuan kepada suami, anak dan pembantu yang menjaga Bilal.

“Memang banyak perkara yang saya kena fikir, bukan mudah sebenarnya. Alhamdulillah, Bilal tidak banyak menangis dan senang menyesuaikan diri dengan keadaan,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa turut mengakui naluri keibuannya tersentuh setiap kali berdoa mengenai zuriat sepanjang berada di Tanah Suci.

“Banyak yang saya doa. Namun, kali ini, perbezaan sangat dirasai. Sebelum ini, saya tidak pernah rasa begini.

“Kalau kita melakukan tawaf, ada doa yang kita mahu beri tumpuan khusus. Jadi, ketika mengerjakan tawaf, saya khususkan untuk anak.

“Rasanya sangat berbeza apabila kita berdoa sebagai seorang ibu. Pengalaman ini berlainan jika kita berdoa untuk keluarga, perniagaan dan sebagainya.

“Ketika berdoa mengenai anak, saya sebak dan tersentuh. Jujurnya, doa untuk zuriat ketika menunaikan umrah beri rasa yang berbeza,” katanya.

Perkara itu telah didedahkan oleh Neelofa ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi Raya 2023 Warisan di butik Naelofar di KL East Mall, Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Terdahulu, Neelofa juga mengakui ibadah umrahnya kali ini sedikit mencabar kerana dirinya kini sedang hamil anak kedua.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa Umum Hamil Anak Kedua

Malah, usahawan terkenal itu juga mengakui pengalaman menempuh ‘jetlag’ sekembalinya ke tanah air, cukup berbeza apabila berbadan dua.

“Ia sangat memberi kesan di mana saya ambil masa yang lama untuk pulih daripada ‘jetleg’ berbanding ketika diri tidak hamil,” katanya.

Sementara itu, Neelofa bersyukur permata hatinya itu tidak banyak meragam biarpun bakalmendapat adik

“Bilal okay sahaja sebab dia makin membesar dan kenal orang. Saya fikir ia hanya teori apabila orang kata, anak pertama akan meragam bila hendak mendapat adik. Alhamdulillah, semuanya okay sahaja,” katanya.

Daripada segi persediaan menimang cahaya mata kedua, Neelofa mengakui tidak banyak yang perlu disediakan berikutan barangan keperluan bayi ketika melahirkan Bilal, masih boleh digunakan semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Hormat Privasi Kakak, Neelofa Enggan Buka Mulut Isu Rumah Tangga Nabila

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Feb 2024
Trending Tue, 26 Jan 2021

Rentas Negeri Dibenarkan Untuk Pasangan Jarak Jauh Mulai Esok

Alhamdulillah buat pasangan jarak jauh yang dah lama menanti untuk bersama..

Hiburan Wed, 19 Dec 2018
Trending Hari Ini Fri, 26 Jun 2020
Featured Mon, 9 May 2022

“Lebih Tragis Ada Yang Kata Saya Masih Nak Kan Norman” – Sambut Hari Raya Bersama, Abby Abadi Minta Netizen Bersihkan Hati

Lahhh, macam tu pula.. Keluarga mereka ni lah patut dicontohi, tak pernah bermasam muka..

Featured Mon, 26 May 2025
LIFESTYLE Wed, 25 Apr 2018

Suami Alami Electronic Screen Syndrome? Doktor Kongsi Tips ‘Ikat’ Suami

Dia akan berhias cantik macam puteri raja. Dia tahu lelaki ni akan kalah dengan visualnya sendiri. Memang dia tahu kelemahan suami adalah pada matanya jadi dia gunakan benda ni untuk mengalahkan godaan handphone tu. Haaa, para isteri di luar sana, cubalah!

Featured Thu, 22 Sep 2022
error: Content is protected !!