[VIDEO] Kekasih Sharnaaz Ahmad Beri Makanan, Telatah Jebat Jayden Cuit Hati Ramai – “Thank You Aunty Amelia”

Anak kepada pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden mencuri perhatian ramai di media sosial.

Berdasarkan sebuah hantaran di Instagram Story (IGs), Sharnaaz memuat naik sebuah video memaparkan gelagat anaknya yang mengucapkan terima kasih kepada kekasih hatinya, Amelia Christie.

Menerusi video tersebut, Sharnaaz dan Jebat sedang menikmati juadah yang dimasak oleh Amelia.

“Boy, ni sup siapa masak?” soal Sharnaaz kepada Jebat.

“Aunty Amelia masak.. Thank you aunty Amelia,” kata Jayden.

Menjengah ke Instagram, Amelia turut berkongsi semula video Sharnaaz tersebut dengan berkata ‘my pleasure sayang’.

Sebelum ini, Sharnaaz secara terbuka membawa kekasih hatinya, Amelia ke malam gala Polis Evo 3 yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.

Aqilah Paharuzi