Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 25, 2023 @ 3:25pm

[VIDEO] Kilafairy ‘Throwback’ Momen Menyanyi Lagu ‘Resah Ku’ Bersama Arwah Rohana Jalil – “I Miss You, Ma”

Selasa lalu dunia hiburan negara dikejutkan dengan pemergian penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil akibat kebocoran usus.

Pemergian Allahyarham sememangnya memberi kesan kepada semua lebih-lebih lagi buat ahli keluarga tersayang termasuklah anaknya yang juga seorang pelakon, Kilafairy.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Rohana Jalil Meninggal Dunia

Terbaharu, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan memuat naik sebuah perkongsian di Instagram (IG) yang memaparkan momen bersama ibunya.

Menerusi video yang dimuat naik, ia memaparkan momen Kilafairy dan Rohana sedang membuat latihan nyanyian bersama dia atas pentas.

Namun, apa yang menyentuh hati adalah mereka mendendangkan lagu nyanyian Rohana sendiri yang berjudul Resah Ku.

“Saya adalah peminat nombor 1 dia dan dia adalah peminat nombor 1 saya.

“I miss you, Ma,” tulis Kilafairy.

Allahyarham memulakan karier seni selepas memenangi pertandingan Bintang RTM pada 1980.

Antara lagu popularnya adalah Rayuan Ku, Resah Ku, Kerana Dia Kita Terpisah, Faez dan Jauh Terkenang.

Pada malam Selasa, penyanyi popular era 80-an itu telah menghembuskan nafas terakhir akibat kebocoran usus di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor, kira-kira pukul 11.33 malam.

Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya, pada Rabu.

April lalu, Rohana dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kebocoran pada usus perut. Perkara tersebut disahkan oleh anaknya, Kilafairy.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 29 Jan 2019

Lebih ONG Dengan CJ WOW SHOP

Semestinya WOW bersama CJ WOW SHOP!

Hiburan Fri, 30 Jun 2023
Trending Mon, 11 Oct 2021

Jom Menabung Dengan Simpan SSPN & Sertai Aktiviti Serta Program Menarik Sempena BMS 2021 Untuk Menangi Hadiah Hebat!

Sebagai ibu bapa, merancang untuk masa depan anak-anak dari awal adalah sangat penting agar masa depan anak-anak tersayang terjamin. Tapi, bukan mudah untuk merealisasikan semua ini tanpa simpanan yang kukuh. Haa…jangan risau! Bermula 1 Oktober […]

Hiburan Mon, 7 Jan 2019

’Lama Jomblo Untuk Dapat Wanita Begini’- Baim Wong Minta Lelaki Bujang Di Luar Sana Lebih Bersabar

Aduh, sweet betul pasangan sejoli ni tau! Semoga cepat dapat momongan. Insha Allah…

Featured Fri, 25 Nov 2022

Aeril Zafril Tak Boleh Melawat Nad Zainal Gara-Gara…

Sebab apa eh Aeril tak boleh melawat Nad?

Hiburan Wed, 18 Dec 2019

Sherry Ibrahim Simpan Hajat Kahwin Tahun Depan?

Didoakan semoga Sherry dapat jodoh cepat.

Events Wed, 5 Feb 2020
error: Content is protected !!