[VIDEO] Kongsi Ruang Playroom Bilal, Neelofa Buat Ramai Teruja! – “3D Wallpaper, Barang Beli Di Amazon”

Perkongsian terbaru selebriti popular, Noor Neelofa mencuri tumpuan ramai yang terkesima melihat ruang bermain anaknya, Muhammad Bilal menerusi hantaran di Instagram Story.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Neelofa memuat naik tiga gambar dari sudut berbeza dalam bilik ‘playroom’ putera sulungnya itu.

Menerusi hantaran terbaharu, Neelofa menjawab persoalan pengikutnya yang membanjiri ruang mesej di Instagram mempersoalkan kertas dinding dan barang-barang dalam bilik tersebut.

Jelas isteri kepada pendakwah Haris Ismail ini, kertas dinding tersebut ditempah dalam bentuk 3D dan barangan tersebut dibeli menerusi platform Amazon.

“Ramai dm (direct message) tanya painting ke, ini 3D wallpaper. Saya provide image as reference untuk custom wallpaper Bilal.

“Karpet-karpet beli online dari United Kingdom (UK) dan United States (US)… barang-barang lain dari Amazon,” tulisnya dalam sebuah video.

Bukan itu sahaja, video tersebut turut dimuat naik oleh peminatnya di TikTok sehingga dibajiri komen netizen yang berkata Bilal seorang anak yang bertuah.

Rata-rata netizen memuji Neelofa dan suami, PU Riz menjadi ibu bapa yang sangat mementingkan keselesaan anak-anak.

Aqilah Paharuzi