Zulin Aziz Mohon Berhenti Tanya Soal Zuriat – “Saya Teringin Jadi Ibu, Doakan Yang Terbaik”

Pelakon, Zulin Aziz meminta agar orang ramai berhenti bertanya soal zuriat kepadanya meskipun tempoh perkahwinannya kini menghampiri usia setahun.

Zulin berkata, dia tidak marah dengan soalan tersebut namun perancangan ke arah itu semestinya ada dan kini dia dan suami masih berada di fasa bulan madu.

Perkara itu dikongsi Zulin menerusi hantaran di Instagram Stories (IGS) miliknya pada Jumaat.

“Doakan tau semoga kami dikurniakan zuriat. Belum setahun pun lagi dah macam-macam soalan keluar. Tidak mengapa saya tidak marah. Dari mengata baiklah doakan yang terbaik.

“Insya-Allah saya reda dan saya berserah kepada Allah mana yang terbaik,” tulisnya.

Dalam pada itu, Zulin menjelaskan setiap pasangan suami isteri pasti menginginkan kehadiran zuriat dalam kehidupan apatah lagi bila melihat orang sekeliling yang dikurniakan cahaya mata.

“Kami nak sangat dikurniakan zuriat. Saya teringin nak jadi ibu. Tengok kiri kanan, kawan-kawan semua dah ada isi. 

“Mana tau berkat doa anda semua, rezeki menyebelahi kami. Perancangan Allah tu lebih baik kan? Tapi jangan lah push kami. bagi kami ruang.

“Ruang untuk honeymoon berduatanpa asyik ditanya soalan anak dan yang merepek-merepek tu. Nanti saya juga yang kena maki hamun. 

“Saya bukan gila glamor, saya buat hal sendiri je sebelum ni. Saya juga mohon ada sedikit rasa hormat dah memadai,” katanya.

Tambahnya lagi, dia kini masih belajar untuk menjadi isteri mithali dan menjalankan tanggungjawab dengan baik tidak seperti sebelum ini.

“Setiap hari saya belajar jadi isteri mithali untuk suami. Bangun pagi dan jalankan tanggungjawab. Saya tidak ada masa untuk fikir soal glamour lagi dan saya sudah jadi isteri.

“Suami banyak ajar Zulin, Alhamdulillah. Saya pun rasa perubahan dekat diri sendiri. Dunia saya dah berbeza dari dulu. 

“Saya tak fikir langsung nak raih poblisiti, saya lagi suka share benda positif , share resipi, dan benda yang baik-baik kepada followers saya,” jelasnya.

Salma Syahbuddin