[VIDEO] “Laki Kau Gatal! Ambil Hak Orang, Dia Yang Mengamuk” – Bawa Watak Penyondol, Gelagat Salina Saibi ‘Bertekak’ Dengan Zarina Zainuddin Cuit Hati Ramai

Gelagat pelakon Salina Saibi dan Zarina Zainuddin meraih perhatian ramai yang bergaduh manja ekoran dipercayai terbawa-bawa watak dalam drama lakonan mereka.

Difahamkan, Salina membawa watak ‘penyondol’ yang menggoda suami kepada Zarina drama tersebut.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Salina memuat naik sebuah video memaparkan dirinya selesai menjalankan penggambaran untuk drama tersebut.

Dalam video berkenaan, Salina secara spontan seakan menyuarakan dialognya yang berang terhadap isteri pertama.

“Tup-tup, perempuan tua tu jugak yang dia pilih,” kata Salina sambil menunjuk kepada Zarina.

Tidak berdiam diri, Zarina secara spontan turut melayan gelagat ‘masuk air’ Salina itu sambil memegang kasut tumit tinggi.

“Dia yang ambik laki orang, dia pula nak mengamuk. Kau nampak ni tak? Sebelum aku ketuk kau dengan kasut tumit tinggi ni, baik perangai kau elok sikit ya,” balas Zarina.

Berdasarkan ruang kapsyen, Salina yang terkenal dengan watak Asisten Superintenden Polis (ASP) dalam drama Gerak Khas berkata dirinya banyak menerima tawaran menjadi penyondol.

“Laki kau gatal! Hmm.. Sejak pencen #AspSalina ni banyak dapat offer penyondol la bini nombor 2 la, janda la.. Aduhai nasib.. nasib.. Saya suka jadi #AspSalina sebab wanita yang berintegriti.

“Alhamdulillah, Insya-Allah dalam drama je! Aamiin..,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya terhibur melihat Salina dan Zarina bertekak antara mereka.

Aqilah Paharuzi