[VIDEO] “Lari Bang Lari” – Selamba Ajak Hael Husaini Makan Bersama, Ratu Farah Diva Terima Pelbagai Reaksi Netizen

Baru-baru ini, seorang pempengaruh di TikTok yang dikenali sebagai Ratu Farah Diva memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya meminta penyanyi Hael Husaini untuk keluar makan bersama dengan bersahaja.

Menerusi video yang berdurasi lapan saat itu, Ratu Farah Diva merakam dirinya yang berada di dalam kereta pada bahagian penumpang dengan menyatakan hasrat untuk mengajak Hael Husaini keluar makan bersamanya.

“Abang Hael Husaini… awak dah makan ke? Kalau awak sudi jom makan bersama dengan saya,” katanya dalam video tersebut.

Rata-rata video pendek tersebut telah mendapat perhatian ramai warganet di platform tersebut dengan meninggalkan komen-komen yang menggelikan hati. Malah, ada yang meminta Hael Husaini untuk segera menyelamatkan dirinya.

Apa yang lebih melucukan adalah Hael Husaini memberi respon diruangan komen video tersebut dengan ayat yang dianggap menolak ajakan pempengaruh wanita itu.

Sehingga kini, video tersebut telah mencapai lebih 200,000 tontonan dan menerima lebih 300 komen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Masuk Dunia Artis, Hati Kena Kental” – Teringin Jadi Selebriti, Ratu Farah Nak Berlakon Bawah Arahan Syamsul YusofBaru-baru ini, seorang pempengaruh di TikTok yang dikenali sebagai Ratu Farah Diva memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya meminta penyanyi Hael Husaini untuk keluar makan bersama dengan bersahaja.

Menerusi video yang berdurasi lapan saat itu, Ratu Farah Diva merakam dirinya yang berada di dalam kereta pada bahagian penumpang dengan menyatakan hasrat untuk mengajak Hael Husaini keluar makan bersamanya.

“Abang Hael Husaini… awak dah makan ke? Kalau awak sudi jom makan bersama dengan saya,” katanya dalam video tersebut.

Rata-rata video pendek tersebut telah mendapat perhatian ramai warganet di platform tersebut dengan meninggalkan komen-komen yang menggelikan hati. Malah, ada yang meminta Hael Husaini untuk segera menyelamatkan dirinya.

Apa yang lebih melucukan adalah Hael Husaini memberi respon diruangan komen video tersebut dengan ayat yang dianggap menolak ajakan pempengaruh wanita itu.

Sehingga kini, video tersebut telah mencapai lebih 200,000 tontonan dan menerima lebih 300 komen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Masuk Dunia Artis, Hati Kena Kental” – Teringin Jadi Selebriti, Ratu Farah Nak Berlakon Bawah Arahan Syamsul Yusof

Atiqah Johari