[VIDEO] Lepas Teruk Dihentam, Aliff Syukri Buat Permohonan Maaf Kepada Rakyat Malaysia – “Tambah Drama Ke Awak?”

Selepas dilanda pelbagai kontroversi, usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri kini tampil dengan membuat permohonan maaf di akaun Instagramnya.

Menerusi video yang dikongsi, Aliff menyatakan bahawa dia ingin meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kelakuannya.

Aliff dilihat turut memohon maaf secara terbuka kepada keluarganya.

“Awak… saya nak minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia sekiranya ada kelakuan saya… tak kisah lah mengenai apa jua… lagu ke apa saya mohon maaf saya sangat sangat minta maaf terutama dekat mak saya, isteri saya dan keluarga saya,” ujar Aliff.

Jelasnya, apa yang telah berlaku hanya sekadar hobinya yang suka menyanyi dan sekadar hiburan sahaja.

“Apa yang berlaku ini hanya lah sekadar hobi menyanyi bersama @babyshimaofficial saya yang dibuat sekadar suka-suka sahaja dan hiburan semata-mata,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurut pelantun Baby Sayang itu, nyanyian dan lagu yang dihasilkannya bukan bertujuan untuk bersaing dengan mana-mana artis serta tidak berniat untuk keluar di televisyen.

“Bukan tujuan untuk bersaing dengan artis ataupun keluar di kaca TV,” luahnya.

Gara-gara mendakwa dirinya penyanyi nombor satu dan ingin berduet dengan penyanyi terkenal Malaysia, Aliff Syukri teruk dihentam oleh pelbagai pihak.

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Dakwa Michael Ang Sindir Aliff Syukri? -“Setakat Di YouTube, Nampak B*doh Naw Claim Singer No. 1”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Luah Hasrat Nak Berduet Dengan Siti Nurhaliza, Sharnaaz Ahmad Tempelak Aliff Syukri – “Awak Ketagih Perhatian, Pergi Jumpa Pakar”

Sehubungan itu, Aliff berharap permohonan maafnya ini di terima oleh semua pihak dan meminta sokongan daripada semua.

“Saya harap permohonan saya ini diterima oleh semua orang dan saya mengharapkan sokongan daripada anda smua,” kata Aliff Syukri.

Menjengah diruangan komen, rata-rata wargamaya seperti tidak mempercayai dengan permohonan maaf Aliff Syukri dan menganggap ia sebuah drama sahaja.

      

Terdahulu, Aliff Syukri mencetus kemarahan ramai pihak apabila memuat naik video berunsur lucah untuk mempromosikan lagu dan muzik video terbaharunya yang berjudul Baby Sayang.

Atiqah Johari