Tersilap Panggil Anak Elisya Sandha ‘Boy’, Neelofa Mohon Maaf – “Saya Tidak Fokus Ketika Komen”

Baru-baru ini timbul isu di mana selebriti dan usahawan, Neelofa tersalah panggil anak perempuan Elisya Sandha sebagai boy ketika meninggalkan komen pada hantaran yang dimuat naik oleh pelakon itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Puji Kecomelan Anak Elisya Sandha, Netizen Usik Neelofa Bila Nak Tunjuk Wajah Bilal! Siap Kena Tegur Gara-Gara….

Memetik laporan Utusan, Neelofa mengakui kesalahannya, dia menjelaskan bahawa ketika itu dia tidak memberi tumpuan semasa menaip diruangan komen sehingga tersalah panggil cahaya mata Elisya sebagai lelaki.

“Sememangnya itu khilaf saya, jujur ia kesilapan saya. Ketika melihat gambar di akaun Instagram Elisya, saya tahu anak dia perempuan. Tetapi, entah kenapa, mungkin saya tidak fokus ketika menaip komen sehingga tersilap menyebut boy,” jelas Neelofa kepada Utusan.

Tambahnya, dia telah menjelaskan kesalahannya itu kepada Elisya Sandha secara peribadi.

“Maaflah, kadang-kadang memang nak terjadi kesalahan. Saya sudah jelaskan pada Elisya yang saya tersilap taip.

“Niat saya baik, cuma mahu komen yang baik pada Elisya dan anaknya, itu sahaja,” ujar Neelofa.

Sumber: Utusan

Atiqah Johari