[VIDEO] “Macam Mana Nak Perah Tu Sis?” – Netizen Tegur Cara Potong Limau Nipis Salah, Peminat Pertahankan Elisya Sandha

Pelakon, Elisya Sandha, 23, berkongsi sebuah video masakan di Instagram, baru-baru ini dan ia meraih perhatian segelintir pihak yang tertumpu kepada caranya memotong limau nipis.

Menerusi video tersebut, Elisya memasak makanan yang diminta oleh suaminya, Uzair Haqimy iaitu mi segera goreng.

“Dia minta biasa kita bagi special… Kalau tak sayang, tak tahu la ek,” tulisnya di kapsyen.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, segelintir pihak tertumpu kepada cara menantu kepada penerbit Sheila Rusly itu dalam memotong limau nipis.

“Cara potong limau tu salah.. Kalau potong macam tu susah nak perah, kena potong melintang,” tulis seorang netizen.

“Aku yang tak pandai berapa nak masak ni pun tau cara potong limau tu salah,” ujar netizen lain.

Bagaimanapun, Elisya tidak mengendahkan komen-komen tersebut.

Sementara itu, ada juga segelintir peminat yang tampil memberi sokongan kepada Elisya untuk teruskan belajar memasak dan mengabaikan segala kritikan netizen.

Sebelum ini, Elisya meluahkan perasaan berang selepas difitnah bergaduh dengan keluarga mentuanya, Sheila Rusly dan Jinggo.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tidak Benar! Tolong Hormat” – Elisya Sandha Bengang Difitnah Bergaduh Dengan Keluarga Mentua

Aqilah Paharuzi